• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Makin kejam!

    Mar 31, 2010
    JANIN bayi yang ditemui dalam balang gula-gula di Jinjang Utara, Kuala Lumpur semalam


    KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

    Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini.

    Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam.

    Menantu versus Mertua

    PENERBITAN produk seni termasuk drama hari ini juga ada kaitan dengan rating yakni jumlah tontonan. Ia juga memberi petunjuk kepada produser dan stesen TV sama ada untuk menerus atau menghentikan penerbitan sesebuah produksi itu.

    Perkara inilah yang turut dirasai drama Mertua vs Menantu yang ke udara di Astro. Berikutan kejayaan rating tertinggi sebanyak 2.7 juta penonton pada musim pertama, pihak produksi menerima bonus daripada Astro Prima.


    Pencapaian drama 26 episod (termasuk siaran ulangan) itu bukan saja menarik minat ramai penonton malah angka itu mencatat rating tertinggi dalam sejarah Astro sepanjang menyiarkan mana-mana drama bersiri sebelum ini.


    Ganjaran bonus RM66,000 diterima Metrowealth (MIG) daripada Astro Prima diagihkan kepada semua barisan pelakon dan petugas drama berkenaan.


    Majlis penyampaian bonus itu berlangsung pada majlis pelancaran jualan cakera padat digital (DVD) Mertua Vs Menantu di Restoran Lemon, The Mines, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Buat permulaan, MIG akan memasarkan 6,000 unit DVD drama bersiri itu menerusi Multimedia Entertainment Sdn Bhd pada harga RM69.90.


    Majlis turut dihadiri Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan penerbit Mertua Vs Menantu, David Teo.


    Jangan tersasar

    Mar 30, 2010
    Salam..aku pon xtau nk tulis ape kat blog aku hari ni. cz x d yg menarik di paper.. x d yg menarik dalam cerita hidup aku hari ni.

    Esok petang ade test tp study main2 lg..malam nnt kot serius sikit..esok pagi serius byk =P..Hari ni biase lah..hari selasa.no class..public holiday bg aku.. lepak bilik je hari ni.. no money tuk kuar2 meronggeng..lagipun sok kan ade test..so duduk diam2 kat blk sudah..

    Ade lagi lebih kurang sebulan sebelum final exam menjelma dan cuti sem menjelma.. mcm kejap je masa berlalu..nak tahun 3 dah aku.. dah bersedia ke aku nk final ni? ke stdy week nnt bru nk terhegeh2 nk cari buku?

    Cuti sem ni ingat nk cari kerja..nk wat part time.cz cuti lama sgt..2 bulan lebih..lagi pon nk simpan duit sikit..sem akan datang mungkin akan gune banyak duit..xnk bebankan atau susahkan mak n ayah..cz kalau ade rezeki adek aku pon akan masuk u untuk intake sesi 2010/2011 ni..so duit mungkin nk gune dgn byk nye~~~~~~~~~~~~~~

    k lah xd pape dh nk ditaip..lapar~ nak turun cari pape yg boleh dimakan..salam~

    nota kaki : kekeringan idea..bagi idea sikit nk tulis ape kat blog ni untuk entry seterus2nya~

    Jom berteka-teki

    Sekumpulan burung terbang diawan biru...
    tibe2 guruh kuat berdentum..
    sekumpulan burung2 tu jatuh ke tanah...

    soalan nye : kenapa burung tu jatuh ke tanah?

    Apa beza kita jatuh pokok dan jatuh telaga?

    Bile bangun ianya baring
    bile baring..ianya berdiri..
    apa dia?

    teka dulu nanti jawapan aku bagi

    Haish....budak2 skrg ni..

    Mar 29, 2010

    KUALA LUMPUR: Gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali, seorang murid perempuan tahun lima di bandar raya ini dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya itu selepas dia gagal menunaikannya.

    Malah, kanak-kanak perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, berkata tiga lagi rakan lelaki yang lain turut ‘tumpang sekaki’ dengan mengejek sesuatu mengenai payudaranya.


    Dalam kejadian Oktober tahun lalu itu katanya, dia berseloroh dengan rakan lelaki di kelasnya yang ‘tunjuk kuat’ supaya menumbuk dinding kelas itu sebanyak 35 kali jika benar-benar gagah. “Ketika itu guru tiada di kelas. Saya katakan akan beri RM2 jika mereka berani menumbuk dinding itu. Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka berani menyahut cabaran saya itu. “Saya kemudian pergi ke tandas sebelum kembali ke kelas. Seorang daripada rakan kelas lelaki itu datang kepada saya sambil menunjukkan penumbuknya yang merah kerana mendakwa menumbuk dinding. Oleh itu, dia menuntut RM2 seperti dijanjikan.


    “Tetapi saya katakan padanya bahawa dia tidak melakukan aksi tumbuk depan saya dan menipu. Namun, dia marah sebelum meminta juga RM2 itu. “Saya kemudian beri dia tidak sampai RM2 dan dia marah sebelum bertindak meraba payudara saya,” katanya yang trauma dengan kejadian sehinggakan terpaksa meminta ayahnya menukarkan dia ke sekolah lain. Katanya, dia merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu namun tidak diendahkan malah tiga lagi rakan lelaki yang lain membuat riuh-rendah sambil mengatakan sesuatu mengenai payudaranya. “Sejak kejadian itu dan hari berikutnya saya bimbang untuk ke sekolah. Takut kejadian itu berulang. Apatah lagi, budak lelaki di kelas masih mengganggu saya dengan perkataan lucah,” katanya. Sementara itu, bapa mangsa, berkata dia kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat murid lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap anak sulungnya itu. Malah, katanya, dia terpaksa menukarkan anaknya itu dan seorang lagi anak perempuannya awal tahun ini ke sekolah khas untuk perempuan kerana mangsa takut jika berjumpa lelaki. “Apa yang menghampakan, guru besar dan guru hal ehwal murid sekolah itu mengatakan ia hanya gurauan antara kanak-kanak,” katanya.

    The blues




    LONDON - Chelsea seolah-olah telah memiliki tahap keyakinan tinggi menjelang pertembungan menentang Manchester United pada saingan Liga Perdana England di Old Trafford Sabtu ini.

    Malam kelmarin, Chelsea begitu garang apabila membelasah Aston Villa 7-1 sementara United pula mudah menundukkan Bolton 4-0 awal pagi semalam.

    Bagi penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins, dia yakin bahawa skuad The Blues mampu untuk mengekalkan prestasi cemerlang mereka itu apabila turun berdepan dengan United nanti.


    sumber : kosmo harian..chelsea!!

    Sila pastikan perut anda dah penuh..

    Mar 28, 2010
    asam pedas ikan parang
    rasa macam dah bertahun x makan
    walhal baru je last week makan
    saje suh mak masak mase balik cuti last week

    sambal udang..
    kalau isap tang kepala udang ni
    mmg terasa kemanisan nye..

    ni sampingan
    kadang2 bila g makan kat kedai makan
    aku order ni aje
    cz aku suke merata nya~


    Terasangat lah aku suka membuat korang menelan air liur..hehe
    ni lah makanan yg aku suka
    tp susah nak dapat bile balik UMP ni
    hari2 ayam goreng je..

    memang lah kebanyakkan makanan kegemaran aku adalah fast food
    kalau aku kat pahang slalu je lah melantak fast food..
    kalau aku kat melaka jarang nak dapat makan fast food..
    ini kerana semua telah disediakn dirumah oleh emak
    so x d alasan nak makan luar

    kalau makan luar pon ayah suka makan makanan masakan panas
    so mmg jarang lah makan fast food..
    korang dah bis layan gambar2 tu?
    lapar? apa lagi jom g makan..lalala

    nota kaki : dikala menaip entry ini jam 10: 20 pg tp perut sudah berbunyi-bunyi~

    My Date Night

    Sypnosis

    Claire and Phil Foster (Tina Fey and Steve Carell) are a typical suburban couple whose lives – including their weekly date nights of dinner and a movie – have become routine. To reignite the marital spark, they visit a trendy Manhattan bistro where a case of mistaken identity turns their evening into the ultimate date night-gone-awry. But as Claire and Phil take their unexpected walk on the wild side, they begin to remember what made them so special together.

    Phil (Carell) and Claire Foster (Fey) are a sensible, loving couple with two kids and a house in suburban New Jersey. The Fosters have their weekly “date night” – an attempt at re-experiencing the spice of the dates of yesteryear, involving the same weekly night out at the local Teaneck Tavern. Their conversations quickly drift from barely-date talk to the same chore-chat they have at the dinner table at home. Exhausted from their jobs and kids, their dates rarely end in fore- or any other kind of play, let alone romance.

    After seeing two of their best friends – another married couple with kids in suburban New Jersey – split apart from living the same life they themselves lead, Phil and Claire begin to fear what may lie ahead: a state of bland indifference and eventual separation.

    In an attempt to take date night off auto-pilot, and hopefully inject a little spice into their lives, Phil decides a change of plans is in order: take Claire into Manhattan to the city’s hottest new restaurant. The Fosters, however, don’t have reservations. Hoping to be seated sometime before the clock strikes twelve, they steal a no-show couple’s reservations. What could it hurt? Phil and Claire are now the Tripplehorns.


    ps: tidak pernah pon date malam2..lama dah x jumpe En Hati ~ =(


    poster

    Arahan tu biar betul

    Mar 27, 2010
    Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

    Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

    Farid: Baiklah , ibu!

    Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

    Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

    Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

    Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

    Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

    Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

    Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

    Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

    Bertarung nyawa untuk kesekolah


    PENDUDUK menggunakan kabel untuk ke bandar berhampiran.
    PENDUDUK menggunakan kabel untuk ke bandar berhampiran.

    BOGOTA: Setiap hari, Daisy Mora, 9, dan rakan sekampungnya perlu melungsur kabel keluli sepanjang 40 meter untuk ke sekolah.

    Kabel merentangi Sungai Rio Negro di Colombia itu adalah satu-satunya akses ke dunia luar untuk seluruh keluarga di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara, Bogota.


    Mereka meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel itu.


    Pengembara warga Jerman, Alexander von Humboldt adalah rakyat Barat pertama menyaksikan sistem tali luar biasa ini pada 1804.


    Pada mulanya, tali jut digunakan sebagai tali merentasi lembah itu tapi kabel keluli kemudian dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar.


    Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat merubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Hingga kini, kabel ini adalah satu-satunya pengangkutan untuk penduduk setempat.

    Petani menggunakan kabel untuk membawa keluar barangan dan bagi pelajar seperti Daisy dan adiknya, Jamid, 5, ia adalah laluan tunggal untuk ke sekolah.


    Jamid bagaimanapun terlalu muda untuk naik sendiri dan Daisy terpaksa meletakkannya di dalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah. — Agensi

    Dilema student UMP

    Mar 26, 2010
    Wahai Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang,

    Hasil daripada taklimat dan sesi dialog dengan JHEPA di Auditorium malam tadi, saya ingin berkongsi beberapa maklumat:

    Pelajar tahun akhir akan duduk di dalam kampus (termasuk FSKKP ).

    MT persatuan/kelab yang berdaftar akan duduk di dalam kampus.

    Pelajar yang aktif dalam sukan/aktiviti/kelab/persatuan akan duduk di dalam kampus.

    Seramai 290 pelajar dijangka duduk di luar ( itu pun jika intake Julai adalah 100 % iaitu 2500 ). Tetapi secara praktikal nya, intake tidak akan penuh. Saya jangkakan intake Julai hanya di dalam 2200. Ini bermakna semua pelajar akan duduk di dalam kampus.

    JHEPA dan MPP akan mencarikan rumah2 sewa untuk pelajar2 tersebut. Dan pelajar2 tersebut akan berurusan terus dengan tuan rumah tersebut.

    KK 5 dijangkaan siap pada pertengahan bulan 5. Dan perabot akan dimasukkan untuk ground flour mulai April. Ini bermakna jangkaan kk 5 siap pertengahan bulan May adalah praktikal.

    Isu-isu lain seperti keselamatan pelajar terutamanya siswi dan Final sem 1 2010/2011 akan diberi perhatian serious oleh MPP dan pihak pengurusan tertinggi university.

    Sekian terima kasih.

    " saya " diatas adalah Raja GopaL

    sumber raja Gopal

    No sweat!


    Salam sejahtera dan selamat tengahari

    anda ada masalah dengan mencari deodarant yg sesuai?
    mengalami masalah berpeluh dibahagian ketiak dengan hebatnya?
    atau dengan kata lain ketiak menangis..hehe
    malu dengan keadaan sebegitu?

    Masalah ini juga akan menimbulkan bau yang akan menjatuhkan imej kita lagi
    tentu2lah bau busuk kan
    So kita akan rasa rendah diri
    tak yakin bile berhadapan dengan orang lain
    umpama kita mempunyai masalah " Gigi Kuning"

    Kadang2 masalah ini akan menyebabkan ketiak kite gatal
    so mungkin ada bakteria..
    dan boleh menyebabkan berlaku nya penyakit kulit dibahagian ketiak
    bahaya ni huhu

    Selalu kalau keluar orang akan tegur anda.. tak pakai deodarant ke? deodarant ape?
    Malu lah kalau perkara ni berlaku kat kita..
    Sedikit tercemar pandangan orang terhadap kita.. " pengotor nye"
    Walaupon ade pepatah yang mengatakan "dont judge the book by its cover"

    Kadang-kadang sebelum kita nak kenal dengan orang..
    kita akan tengok penampilah die dulu..
    kalau aku tengok rambut lelaki tu..bg pihak kaum hawa lah
    kemungkinan akan ada yang tegok dari segi kebersihan baju, kasut..

    Ada juga yang mengalami masalah ini
    akan menggelakkan memakai baju2 yang berwana terang..
    contoh putih..oren dan kunig..cz takut nampak kesan peluh..malu beb!



    Tuk kaum lelaki pula aku xtau..haha..sebab aku perempuan..
    So agak penting jugak lah untuk kita memastikan "no sweat" di bahagian ketiak kita..huhu
    Ada gak yang susah yang nak buat pilihan sama ada nak gune deodarant yg jenis spray atau roller..

    Aku gune spray..
    alhamdullilah No Sweat!
    tak kisah lah g jogging ke..
    tido ke..tetap No Sweat!



    Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

    nota kaki : kita mahu orang dekat dengan kita bukan jauh dari kita..

    Jom join

    Earth Hour is a global event organized by the World Wide Fund for Nature (WWF) and is held on the last Saturday of March annually, asking households and businesses to turn off their non-essential lights and other electrical appliances for one hour to raise awareness towards the need to take action on climate change. Earth hour was conceived by WWF and the Sydney Morning Herald in 2007, when 2.2 million residents of Sydney participated by turning off all non-essential lights.Following Sydney's lead, many other cities around the world adopted the event in 2008.

    Earth Hour 2009

    Earth Hour 2009 was from 8:30 p.m. to 9:30 p.m. local time, March 28, 2009. 88 countries and more than 4,000 cities joined Earth Hour 2009, a huge increase from people participating in 35 countries for Earth Hour 2008. One billion "votes" was the stated aim for Earth Hour 2009, in the context of the pivotal 2009 United Nations Climate Change Conference.

    Among the participants in 2009 was, for the first time, the United Nations headquarters in New York City. The U.N. conservatively estimates that its participation saved $102 in energy.

    Kene belajar matematik betul2

    Mar 25, 2010
    Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

    Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.

    RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.

    Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

    mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

    Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

    Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
    kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

    Kami tidak bercerai

    Mar 24, 2010

    KUALA LUMPUR - "Usah dengar khabar angin, saya belum bercerai.

    Demikian ulasan pelakon popular, Zul Huzaimy Marzuki, mengenai desas-desus pergolakan rumah tangganya yang dihebohkan di Internet sejak sebulan lalu.

    nota kaki : suke tgk die ni belakon..slumber je bro..huhu

    Beautiful blogger

    Mar 23, 2010
    salam..thank pada Gardenia yg sedap dimakan..wahaha..jgn marah..gurau2 saje.. thank lah kat ko cz bg aku award ni..cantik ke?? wahaha

    aku x ingt lah ni award ke2 rase nye blog aku dapat.. k mcm biase lah..ingat artis2 je bleh wt ucapan lepas dapat anugerah..aku pon boleh da...

    thankz pada mak ayah..keluarga yg xtau aku d blog..wahaha..pada kawan2..pembaca2 blog aku..pengklik2 iklan kat blog aku cz sudi menghabiskan minit dan saat anda kat blog aku ni..

    ade plak syarat pas dah menang ni..k aku ikut kan saja..

    org yg bg aku award ni adelah http://akugilagardenia.blogspot.com/

    dan org yg aku nk bg award ni adalah..klw x cukkup 15 x pe kan..


    7 character aku
    kendekut
    suke mcd
    suke kfc
    paling suke pizza
    malas nak topup
    kuat makan
    pandai cari duit

    Selamat penggantin baru



    SELURUH dewan bertukar menjadi taman yang dihias indah dengan bunga-bungaan segar bagi meraikan majlis persandingan pelakon kacak Azizan Nin atau Zizan, dengan personaliti bertudung yang juga wartawan penyiaran dan penyampai berita Bahasa Malaysia Edisi 7 di saluran ntv7, Fazilah Hani Harun (Hani).

    Acara berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, malam kelmarin, dimulakan dengan bacaan selawat, paluan kompang bagi mengalukan ketibaan Zizan, 36, dan Hani, 30, ke pintu masuk dewan.

    Tepat jam 9 malam, Zizan dan Hani di arak masuk ke dewan dengan iringan persembahan pancaragam St John Bagpipe Alumni menuju ke pelamin yang bertemakan warna putih dan merah jambu.

    Apa yang menarik, juruacara majlis, Wan DJ juga memulakan setiap acara dengan pelbagai pantun empat kerat sehinggalah majlis berakhir kira-kira jam 11 malam.

    Pada malam yang cukup bermakna itu, Zizan nampak segak dengan tuksedo hitam dan krim rekaan Bon Zainal dan Hani pula tampil menawan dengan gaun warna putih dan merah jambu rekaan Datin Lynda Rahim pada hari bersejarah dalam hidup mereka itu.

    Zizan yang turut tidak dapat menahan sebak pada malam itu berkata, dia tetap berpuas hati kerana majlis persandingannya itu berjalan lancar seperti direncanakan.


    "Saya gembira kerana majlis ini dihadiri bapa dan adik beradik yang lain untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami ini. Apapun, kami hanya mengadakan satu majlis resepsi saja. Perancang majlis perkahwinan ialah pengurus dan keluarga mentua sendiri.

    "Pelamin dan dekorasi dewan dikendalikan Jo Gior dari Bangsar yang berpengalaman dengan hiasan dalaman dan konsep pelbagai majlis perkahwinan," katanya.

    Zizan berkata, dia dan Hani sepakat memilih untuk meraikan majlis persandingan di Dewan Perdana Felda kerana bentuknya yang unik.


    "Kami juga memilih tema persandingan dalam taman kerana sama-sama sukakan bau-bauan bunga segar sekali gus menyemarakkan cinta kami berdua," katanya.

    Pasangan ini selamat diijabkabulkan selepas solat Isyak iaitu jam 9.40 malam pada 19 Mac (Jumaat) lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid Negara, Kuala Lumpur.


    Dengan sekali lafaz, Zizan sah bergelar suami kepada Hani dengan berwalikan bapanya, Datuk Harun Hashim di hadapan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim.

    Pada majlis pernikahan yang dihadiri 150 tetamu membabitkan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM651 kepada pihak perempuan.

    Selain itu, pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan. Bagaimanapun, pasangan ini sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran kerana hanya untuk pengetahuan keluarga masing-masing.


    Zizan berkata, dia memilih merahsiakan jumlah wang hantaran kerana tidak ingin orang menuduhnya untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain.

    "Saya harap peminat dan pihak media memahami keadaan kami ini," katanya.

    Ditanya sama ada dia berasa sedih kerana arwah ibunya tiada bersama pada malam itu, Zizan berkata, dia reda dengan pemergian ibunya, Bibi Kalsom Mohd Sidek yang meninggal dunia kerana penyakit radang paru-paru dan sendi pada September lalu.


    "Saya bersyukur kerana arwah ibu sempat berjumpa Hani dan merestui hubungan kami berdua. Begitu juga keluarga Hani yang bersedia menerima saya seadanya dalam hidup mereka. Saya percaya walaupun arwah ibu tiada pada malam ini, dia tetap mendoakan kebahagiaan kami berdua," katanya.


    Soal anak pula, kata Zizan, ia masih terlalu awal lagi untuk diberitahu kepada peminat.


    "Saya dan Hani berharap semoga rumah tangga kami dikurniakan ramai anak kerana suka pada kanak-kanak," katanya.


    Mengenai destinasi bulan madu pula, kata Zizan, dia dan Hani merancang untuk berbulan madu di luar negara.

    Namun, mereka belum putuskan destinasi mana untuk berbulan madu nanti.

    "Selepas seminggu bernikah, kami merancang menunaikan umrah bersama keluarga mentua pada 31 Mac ini selama 10 hari.

    Selepas kembali dari umrah, saya akan ke Korea pula kerana ada penggambaran di sana selama tiga minggu.

    "Selepas itu, barulah kami fikirkan destinasi negara mana untuk berbulan madu. Selepas berkahwin, saya akan meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini," katanya.


    Bukan saja pada majlis pernikahan, Hani juga nampaknya tidak dapat menahan air matanya gugur ketika berucap pada majlis persandingannya pada malam itu.

    "Saya menangis kerana gembira kini sudah bergelar isteri. Saya memilih Zizan sebagai suami kerana dia kelakar, baik dan pandai memasak.


    "Saya juga tidak berasa bimbang berkahwin dengan pelakon kerana saya percaya jodoh adalah ketentuan-Nya," katanya.

    Majlis persandingan Zizan disemarakkan dengan kehadiran lebih 800 tetamu yang membabitkan keluarga terdekat kedua belah pihak.

    Tetamu kenamaan yang hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa ntv7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail.

    Ia disemarakkan lagi dengan kehadiran artis popular tanah air seperti Artis Aquila Emas iaitu Tony Eusoff. Artis lain yang hadir ialah Aqasha, Jehan Miskin, Emelda Rosmila, Cheryl Samad, Rosnah Johari dan Den Wahab dan isteri. Tony turut menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu pada malam itu.


    Mengimbas sejarah percintaan mereka, pasangan ini diperkenalkan seorang rakan dalam satu majlis pada Disember 2008.


    Selepas enam bulan berkawan, hubungan itu bertukar serius dan seterusnya mereka bertunang pada 18 Disember tahun lalu di kediaman keluarga Hani di Ampang Jaya.


    Selepas lebih setahun berkawan dan mengenali hati budi masing-masing, mereka terus mengakhirinya dengan majlis pernikahan, 19 Mac lalu.


    Love World Love Sloggi



    Aku terbaca pasal bende ni kat nuffnang.. Love World Love Sloggi.. aku x bpe nk faham.. tp aku rase die nak blogger cite pasal ape yang blogger syg kat dunia ni

    apa yang aku sayang kat dunia ni? kalau dari segi bende yang hidup..
    • mestilah family aku..
    • kawan2 aku..
    • En hati aku..
    • kogie aku
    * aku x nk hilang family aku disebabkan pencemaran udara atau bencana alam. tak nak family aku sakit2..aku x nk dorg meninggal disebabkan kurang O2 atau terperangkap dalam runtuhan tanah..tp kalau tuhan nak uji..apa lah daya aku



    kalau dari segi yg tuhan hidupkan pergerakkannya
    • Air terjun
    • Laut
    • Salji even belum penah dapat sentuh
    • Kehijauan
    * Aku x nk hilang ini semua atas akibat sikap manusia yg tidak bertanggungjwb..buang sampah merata-rata..buang toksik dalam laut..dalam air terjun.. nanti nk g piknik kat ne? x d tempat dah..xkan nk g piknik kat shopping complex

    nota kaki : agak2 betul x aku tulis entry ni? sila sayangi persekitaran kita..pape pon sekarang dah bleh kitar semula..termasuk lah dot2..haha

    Something that i di TAG!

    Mar 22, 2010
    1) Who yourself at home?
    • Kak Long
    2) Who yourself besides a friend?
    • I'm a good listener sometimes seorang pengkritik yang baik!
    3) 5 things that you aspire but have not achieved yet.
    • not finish my degree yet =P
    • bercuti di sydney & korea
    • nak buatkan umah yg besar untuk family
    • mempunyai perniagaan cacing & ikan keli
    • successful in the world and the hereafter
    4) who is your spouse's name?
    • Faiz azmi
    5) 5 things you like most about your partner.
    • sporting
    • understand me..even he try hard to understand me ringht En Hati?
    • concern
    • friendly
    • of course cute
    6) The date when you couple?
    • 16 November
    7) The bitter memories with your partner.
    • xd lg wat mase ni..cz baru sekali 2 dating
    8) The theme song of your love.
    • no theme song wat mase ni..cz kami pasangan coulpe yg baru mengorak langkah..wahaha
    9) What changes you want to see from your partner?
    • ade yang aku nak diubah dan die dah tau.so biarlah antara kami berdua je yg tau..huhu
    10) Tag 10 of your other friends.
    • aku malas nak taq sape2..so sape d mase buat je lah..lebih dari sepuluh org pon x pe..huhu

    Tibe2 je jadi macam ni

    Aku pon xtau nk log in mcm ne ni
    cz slama ni die login automatik gune facebook..
    tp tgh hari ok je..
    ptg ni plak nk kene ade username lah pape lah

    ke ump blok gengblogger.com ni?
    sape ade info sila2 la eh bg tau..

    Longhat negeri mana yang munasabah?

    Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
    loghat pantai timur?

    Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

    Bahasa Melayu standard:
    "Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


    Loghat Utara (kedah):
    "Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia,
    pi pi mak dia tak dak".

    Loghat Pantai Timur (kelate):
    "Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio,
    gi gi mek dio tak dok."


    KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!a

    Bukan titik nota hidup bila gagal spm

    Mar 21, 2010
    AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan.

    Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya.


    Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).


    Benarkan masa depan pelajar yang gagal itu gelap atau ada peluang lain untuk menebus maruah yang hilang? Jika ada apa yang harus lakukan? Pensyarah Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah penentu masa depan seseorang.


    Beliau berkata, tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah.


    "Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada," katanya.

    Sila sediakan tisu..

    Mar 20, 2010
    Murid : Selamat pagi, cikgu.

    Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

    Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

    Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

    Murid : Selamat sejahtera cikgu!

    Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

    Murid : Faham, cikgu!

    Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

    Murid : (senyap)

    Cikgu : Pandai!

    Murid : Bodoh!

    Cikgu : Tinggi!

    Murid : Rendah!

    Cikgu : Jauh!

    Murid : Dekat!

    Cikgu : Keadilan!

    Murid : UMNO!

    Cikgu : Salah!

    Murid : Betul!

    Cikgu : Bodoh!

    Murid : Pandai!

    Cikgu : Bukan!

    Murid : Ya!

    Cikgu : Oh Tuhan!

    Murid : Oh Hamba!

    Cikgu : Dengar ini!

    Murid : Dengar itu!

    Cikgu : Diam!

    Murid : Bising!

    Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

    Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

    Cikgu : Mati aku!

    Murid : Hidup kami!

    Cikgu : Rotan baru tau!

    Murid : Akar lama tak tau!

    Cikgu : Malas aku ajar kamu!

    Murid : Rajin kami belajar cikgu!

    Cikgu : Kamu gila!

    Murid : Kami siuman!

    Cikgu : Cukup! Cukup!

    Murid : Kurang! Kurang!

    Cikgu : Sudah! Sudah!

    Murid : Belum! Belum!

    Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

    Murid : Sebab saya seorang pandai!

    Cikgu : Oh! Melawan!

    Murid : Oh! Mengalah!

    Cikgu : Kurang ajar!

    Murid : Cukup ajar!

    Cikgu : Habis aku!

    Murid : Kekal kami!

    Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

    Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

    Cikgu : Sudah, bodoh!

    Murid : Belum, pandai!

    Cikgu : Berdiri!

    Murid : Duduk!

    Cikgu : Saya kata UMNO salah!

    Murid : Kami dengar KeADILan betul!

    Cikgu : Bangang kamu ni!

    Murid : Cerdik kami tu!

    Cikgu : Rosak!

    Murid : Baik!

    Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

    Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

    Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


    nota kai : sius aku gelak terkuar air mata..tisu mana tisu

    Artis direman seminggu lagi

    KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman terhadap pelakon yang juga anak aktres Azean Irdawaty, Benjy (gambar) berhubung penemuan 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu bernilai lebih RM650,000, Khamis lalu, dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Mac ini.

    Pendaftar Mahkamah, Bakri Ali Omar mengeluarkan perintah itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, 31, dan rakan wanitanya yang berusia 23 tahun di Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam. Difahamkan, pelakon itu tiba di mahkamah dari Pusat Tahanan Reman di Bukit Jalil kira-kira jam 10 pagi dan meninggalkan kompleks mahkamah sejam selepas itu. Pihak media yang membuat liputan kes itu dimaklumkan Azean Irdawaty akan hadir ke mahkamah untuk berjumpa anaknya, namun tidak muncul. Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, ketika dihubungi Harian Metro, berkata lanjutan tempoh tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kes berkenaan.

    Bermesra-mesra dengan anjing

    Mar 19, 2010

    KUALA LUMPUR - Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di laman sosial Internet baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya.

    Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada khalayak khususnya masyarakat Islam.

    Salah seorang peminatnya, Siti Nazariah Isa, 20, berkata, sebagai selebriti Sofia tidak sepatutnya mendedahkan gambar tersebut untuk tatapan umum kerana ia boleh menimbulkan perasaan marah terhadapnya.

    "Saya terkejut melihat gambar tersebut dan pada mulanya tidak percaya dia ialah Sofia. Selepas dilihat betul-betul, saya agak kecewa," katanya di sini semalam.


    nota kaki : xkan x tau hukumnye kot..sumber : kosmo

    Jangan terkantoi macam ini sudah

    Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

    Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

    Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

    Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

    Sedikit Makanan Tambahan

    Mar 18, 2010
    Salam
    kenapa lah aku mengantuk giler dari malam td
    aku dok tahan2 mata ni sebab aku ade banyak keje nk kene settle malam td
    tp dalam keadaan ngantuk keje yg aku buat semua slow

    aku rase balik cuti ari mggu ni
    iaitu esok aku nk blk umah ( Melaka )
    aku nk suh mak aku crikan makanan tambahan
    atau lebih tepat vitamin2 ke untuk aku ni cergas
    sihat dan x malas2 untuk buat kerja
    dan yg lebih penting
    untuk elakkan aku daripada terlebih tido

    keje masih x settle..
    malas giler!!
    kenapa ko malas sgt ni ain!!!
    nk blk tp keje byk tertangguh!!
    wahahaha..
    tlg lah mata..
    bg kerjasama supaya aku dapat abiskan keje aku semua mlm ni

    list of work
    • assigment hidraulic ( 95% dah siap )
    • Report Lab ( 60% siap )
    • Food of mind S.A ( 0% yg dh siap )
    ok masa untuk ke kelas
    bertahan lah mata
    wasalam

    nota kaki : any suggestion untuk vitamin tu x? aku rase aku betul2 perlukannya~

    Autoshow 2010

    salam
    dah lama sebenarnye entry ni aku nk wt
    disebabkan mood x d n malas nak edit2 gambar..
    aku tangguhkan dulu niat tu

    tap hari ni agak busan
    so ini lah masa yg aku ade untuk mengupdate entry ini
    bertempat di UMP
    sabtu lepas..

    ni kire x dijangka lah
    mmg aku ade bg name untuk jadi runners tuk Autoshow
    tp smpai ke malam sebelum hari pameran pon xd pape berita
    so rumate aku ajak masuk bwh exco aktiviti
    dari x d wat pape aritukan baik aku join..
    dapat gak sijil..huhu


    Sambutan kurang memberansangkan
    myb sebab dah byk kali tangguh
    so org pon mls dah nk layan..
    tp bg aku ok je autoshow hari tu..
    mcm2 ade..

    explorace
    dam ular ( maut giler r dam ni )
    pameran fakulti
    pameran kereta mini cooper
    ade gak kete moden..
    tp x byak sgt.

    ni mase nk wat dam ular
    bygkan malam tu baru nk wat
    cz dam ular yg lukis kat kain dah hilang
    smpai 4 pg ktorg wat dam tu

    dan esok nye 6.45 dah kene berkumpul
    tp biase lah janji melayu
    ade gak yg datang lepas 6.45

    ni lah sebahagian kete2 yang ade pada hari tu

    hehe..saja menyeletkan gambar aku..wahaha
    aku handle explorace
    best giler dpt buli org..hehe
    explorace la byk kontroversi
    kontroversi ape?
    biarlah rahsia~
    fakulti kimia je x antar wakil
    wakil fakulti yg lain semua sporting2..kecuali *&%$##$**
    rahsia kerajaan..haha
    mereka dikehendaki membentuk sebuah kereta
    menggunakan setiap sendi badan dorg
    hehe..kelakar klw tgk dorg beraksi
    mcm2 ragam..
    ade yg wt mcm bus..mcm keretapi..

    ni kali pertama UMP mengadakan autoshow
    so klw ade kekurangan tu biase lah kan
    akan diperbaiki pada masa akan datang
    huhu..
    ~tamat~

    7e punye pasal

    Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

    Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
    “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

    Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
    “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

    Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
    “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

    Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

    Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”



    nota kaki : sekadar hiburan je..jgn plak g cri keje kat tmpat2 diatas tok dptkan anak kembar..huhu

    Rekod lelaki terpendek dah tiada

    Mar 17, 2010

    BEIJING: Lelaki paling pendek di dunia, He Pingping, meninggal dunia pada usia 21 tahun, dipercayai akibat komplikasi jantung.

    Pengurusan Guinness World Records berkata, He yang setinggi 74 sentimeter disahkan mati di Rome, Itali, Sabtu lalu.


    Dia berada di situ untuk menjayakan program televisyen tempatan.


    Ketua Pengarah Guinness World Records, Craig Glenday, berkata sebagai lelaki kecil, He memberi kesan besar di seluruh dunia.


    He dilahirkan di Mongolia pada 1988.


    Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, dia dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu selepas mengadu sakit dada.

    Walaupun kerdil, He penghisap rokok tegar dan tumbesarannya terhenti ketika berusia 18 tahun. - Reuters


    nota kaki : So jawatan itu sudah kosong..sape nk?

    Satu family pembohong!

    Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

    Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

    "Kamu dari mana?" tanya Samad.
    "Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
    *PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

    "Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
    "Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
    "Cerita apa?
    "Cerita Papadom ayah".
    *PLANG*
    "Katakan dengan jujur cerita apa?!"
    "Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

    Mendengarkan itu marahlah Samad.
    "Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

    *PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
    Suasana hening untuk beberapa ketika...

    Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

    *PLANG*
    Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...


    nota kaki : agak blur masa si isteri kene tmpar..tp akhir nye phm.anda fhm? hehe

    Bring my soul back

    Mar 16, 2010
    Salam..lama dah x berceloteh kat blog aku ni..aku agak sibuk dengan aktiviti belajar di UMP.. Belajar ke? huhu..adelah sikit2..sibuk ngan assigment dan report lab yg nk kene hantar ari jumaat ni..internet plak macam taik..lambat mcm siput..siput lagi laju aku rase..

    Korang percaya pada kata2 ni
    friend forever and ever?
    Pada aku..xd yg friendship forever and ever..
    setuju? ke tidak ?
    Kalau x setuju..baca diam2 je..
    klw xnk baca..sila klik button pangkah

    Kawan~
    memang diperlukan masa stdy~
    masa bersuka ria~
    masa sedih2~
    masa xd duit
    masa sakit~
    masa x sakit~

    Nanti bile kite semua ade keluarga
    bile kite ade kerjaya
    ade lagi ke friendship2 ni?
    pada aku..
    kawan2..adalah kawan..
    just friend..
    tp bukan maksud aku
    sesuatu friendship tu akan berakhir disuatu tempat
    tp frndship tu akan berkuranggan bile kite ade komitment yg lebih daripada friendship

    Tp percayalah kawan2 aku
    aku ni kawan2 yg setia
    yg sedia upaya menjaga hati korang
    korang pon sile2 lah jaga hati aku~

    ok..wasalam~