• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Kalau ko nampak ni..ko buat ape?

    Nov 30, 2010

    Salam..
    Tetibe plak datang idea nak membincangkan tentang pengemis..
    so apa yg korang akan buat kalau jumpe dorang?

    jalan terus tanpa mnjeling sedikit pon kepada si pengemis..
    campak 10sen-20sen dalam bakul si pengemis..
    hanya memandang dengan mata kosong...
    sempat plak lah korang nak mengumpat si pengemis tu..


    Aku...
    kalau aku...
    aku tengok..
    mcm ne cara die mngemis...
    kalau jual2 barang kat aku..
    sorry x bpe nak layan...ni slalunye antara taktik sediket..tul x aku eja ni..

    pastu kalau aku tengok..
    kalau pengemis tu..
    muda...dan rasanya cukup lah sifatnya untuk bekerja..
    bukan mnadah tgn tanpa segan silu..
    Sorry..bukan x bpe nak layan..
    mmg aku x layan lansung!...

    Kalau budak2..
    ayah aku biasenye ajak die makan skali..atau..
    beli kan die makanan..
    sekarang ni bukan bleh pakai...
    dr kanak2 smpai lah ke tua bongkok 3 pon..
    takut dorg ni sendiket..

    duit yg dorg dpt tu bukan dpt kat dorg..
    tp pada orang lain..
    tu yg x bpe nk gemar tu...



    nota kaki : Kalau tuhan bagi kita cukup sifat...kenapa x kita gunakannya...basuh pinggan kat kedai makan pon x kisah lah kan....oooOOoo..ok...membebel byk2 pon..ade ke pengemis baca entry aku ni..hahah

    Tak payah dah pakai orang gaji lluar lah kalau mcm ni

    Nov 28, 2010


    Kos yang ditanggung majikan untuk mengambil pekerja asing terus meningkat setiap tahun. - Gambar hiasan.


    MELAKA – Premium insurans kesihatan bagi 216,000 pembantu rumah di Malaysia perlu ditanggung oleh majikan masing-masing.

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, selain itu, premium insurans kesihatan bagi seramai 252,000 pekerja asing sektor perladangan juga perlu dibayar majikan.

    “Bagi sektor perladangan dan pembantu rumah, kerajaan telah membuat keputusan supaya majikan membayar premium tersebut,” ujarnya selepas melancarkan program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia di sini semalam.

    ** ni untuk pembantu asing warga Malaysia atau Luar??


    nota kaki : makin sayang pulak malaysia kat pekerja asing...1 malaysia..warga asing 1 malaysia jugak ke?

    Stop Child Abuse

    Nov 22, 2010
    unicef


    Salam...
    aku menulis entry ni adalah untuk menyokong
    kempen " Stop Child Abuse"
    kempen ke?

    Masalah dera kat Malaysia ni..
    rasanya makin teruk..
    dan aku rase binatang lebih penyayang dari manusia..
    ok..sesetengah manusia je...
    manusia yg hatinya dan akal fikirannya x bersatu bila membuat sesuatu hal..



    Contoh-contoh penderaan kanak-kanak...

    Merogol..
    membunuh..
    menjual...
    menggunakan kanak2 untuk kepentingan diri sendiri
    ( mengemis )
    Mendera...

    Lebih jahat lah individu yg melakukan perkara ni..
    kalau individu tersebut melakukan penderaan kepada anak sendiri..
    anak orang pon..ko ingat senang ke orang buat anak pastu ko nk dera2...
    Melepaskan kemarahan pada kanak-kanak tanpa rasa bersalah lansung..

    Sedikit fakta yg dapat aku kongsikan...



    Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

    Dan ini pula sedikit gambar yg aku dapat tayang kan...





    Aku beci pendera!!

    nota kaki : Sayang anak tangan-tangan kan.. still boleh guna ke peribahasa ni?

    Cerita kotor ni...

    Nov 21, 2010
    Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

    Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

    Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

    Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.


    nota kaki : bleh hijau muka kalau terbau gag beracun dua biji telur..yeuk~


    Kurang ghairah

    Nov 18, 2010
    Salam....
    sejuk tul hari ni..
    melepak dirumah dikala sejuk..
    hujan diluar rumah..


    dok depan tv ..
    tgk muvie Goal! .....

    pe yg aku maksudkn ghairah disni adalah bukan sesuatu yg lucu..
    atau lebih tepat lucah....
    yg aku maksudkan adalah..
    sambutan hari raya aidiladha kat tempat aku xseghairah dolu2...

    kalau dulu2 pas blk smbahyg raya..
    makan bersama family.. ( yg ni mmg wajib...setiap pg raya tuk family aku )
    g tgk lembu or kambing kene sembelih...
    teringat zaman kanak2...

    Jangan x percaya k ..
    rumah aku belum dapat daging korban lg..
    xtau lah knp..
    myb hujan kot..

    ade teka teki wajib di pagi aidiladha ...
    setiap tahun ayah aku akan tanya..
    Nak g tengok lembu sembelih kat mana??
    kalau dulu..
    ktorg jwab..kat masjid lah..rumah ustaz lah...
    tp sekarang...
    semua pandai mnjawab dah...
    lembu sembelih kat leher..heheh
    walaupon teka-teki tu dah basi..

    aku slalu ternanti-nanti ayah aku bg teka teki tu =)


    nota kaki : esok nak blk phg blk..buku..marilah kita balik UMP esok...dok umah makan tanpa henti..haha..not even open the book...so..kene cabut balik u dengan segera untuk stdy..pas abis exam..kite bercuti sepuas2nye ye!

    Tak payah sibuk nak share saham masuk neraka..

    Nov 15, 2010
    Salam...
    aku baru lepas tgk 1 blog ni..
    rajin jugak lah kan die menyiasa tentang gmbar hot nabil raja lawak..
    korang dah tengok??
    pe korang rase?
    betul ke x gambar tu..
    jom klik sini

    so apa komen anda?
    komen yang baik2 je lah k..
    kita dok maki2 die pon..
    kite x tau hal sebenar...
    tup-tup kan jadi fitnah~
    tengok dan ambil iktibar saje lah...


    Ade lagi 1..
    kalau korang tengok lah..
    ade kt facebook
    bleh tgk kat cini

    Dapat?

    mengucap aku tgk video ni..
    ingat ni Korea ke??
    Agama yg dalam ic tu rase nye mcm hiasan saje...



    nota kaki : Lantak korang lah nak buat pe pon...kubur masing2..tp x yah nak dok rakam2 lah bende2 LUCU ni..cz bile orang tgk..kira..share saham dosa ...bertambah~~~~~~ video tu..aku xletak pon sbnrnye..hehe...pandai2 lah cri sndri..haha

    Aku ke ko makan dengan Lisa Surihani??? Percaya lah...

    Nov 14, 2010

    Salam...
    sempat tol aku mengupdate kan...
    kepala tgh kembang blaja hydrology ( ayat member aku ni )
    byk sgt la weyh yg masuk exam...
    sampai rasa nk temuntah ...

    k2 aku x nk cite pasal exam..
    tp nak cite pasal
    aku dapat makan bersama Lisa Surihani
    haaaa...jgn xpercaya...
    tolong jangan percaya k...hahhaa

    Aku saje nk tolong Lisa Surihani promote video yg aku dpt dr fb dia...
    jom teropong...




    kalau kata lah kan..
    video ni xberfungsi..
    klik sini LISA

    Ok..yg mulut melopong tu tgk lisa ..
    tolong tutup..
    nannti bukan aje lalat masuk~..
    tahi cicak pon boleh masuk...


    nota kaki : Aku saje tlg promot..aku malas nk join..cz aku xgune pon bende2 alah2 lipstik2 or lip ice ke ..lip bum ke..lip lop ke..lansung x pkai k..so dengan secara rasminya aku x leh masuk bertanding...hahah...goood luck! ~_~ mari sambung study

    Kahwin dengan lelaki or perempuan

    Nov 11, 2010

    Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

    Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

    Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

    Rizal : Sekali sahaja.,

    Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

    Rizal : Seorang perempuan, Tuan!

    Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

    Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan



    nota kaki : aku tentu2nya kawen ngan lelaki lah...hahaha...


    Ko nak hidup dalam alam mana?

    Nov 9, 2010
    Salam..
    saje nak update sebelum aku tdur..
    takut idea hilang pas bgun tidur nnt..
    aku baru lepas habis stdy 1 chapter and 1 drama korea..
    haha..sempat lg kan aku..
    aku jenis stdy kene ade bende tuk mengelakkan aku mengantuk..
    so dengar lagu atau tengok cite lah cara aku...

    Mood aku jiwang2 minggu exam ni..
    aku tengok cerita cintan-cintan..
    kadang-kadang sampai aku terpikir..
    ada ke org bahagia mcm dalam movie...

    oh tidak sekali-kalinya..
    kalau bahagia pon mesti ada halangan dan dugaan..
    kisah novel...kisah cerita dalam tv...
    semuanya rekaan manusia..
    macam mana endingnya..
    semua manusia boleh tentukan..

    tp ending hidup kita..
    perjalanan hidup kita...
    semua kita xtau..
    tp telah ditetap oleh yg diatas..
    Tuhan kita...



    nota kaki : berangan x pelah kan??? hehe..k mau tido dulu..sok sambung stdy =)

    1 malam bersama isteri..RM3000???

    Nov 7, 2010
    Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

    Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

    "Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

    Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

    "Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

    Air oh air...oh air....

    Nov 6, 2010
    'Tak pernah-pernah'

    Salam....
    sekarang ni musim hujan kat phg..
    dan aku rasa hampir 1 malaysia mengalaminya..
    tempat korang macam mana?
    kalau kat cini..
    2 kali sehari hujan lah..

    Kedah banjir teruk..
    sampaikan dengar kata..
    peperiksaan akhir universiti kat sana terpaksa ditangguh..
    convocation days pon terpaksa ditangguh...

    walaupon aku xpernah nak rasa mcm ne situasi banjir..
    cz alhamdulillah lah kat melaka ( area rumah aku )
    xpernah lagi banjir..
    aku nak bg sikit nasihat lah sikit..

    xmo lah dok main air banjir tu..
    jgn buat mcm swimming pool free plak...
    jgn mandi air banjir tu..
    cz air kotor dr longkang dan parit..
    byk plak penyakit nnt..

    pastu jgn ngada2 nak tunjuk kuak lentang ke..
    kupu-kupu ke..
    cz kalau arus deras...
    bleh maut...

    huhu.....
    duduk diam2 je lah kat tempat atau rumah masing..

    hoho...xmo mcm ni..
    skali mak bapak join..ish3
    kalau mak bapak pon xleh nk bg contoh yg baik..
    tak tau dah nk ckp ape..

    ni siap peace2 lagi...
    kalau dah mati lemas..
    xd peace2 dik oi...

    nota kaki : aku ondaway banjir dengan exam next week..xpe nak banjir sgt..GOod luck semua

    Superman dolu-dolu dan sekarang

    Nov 2, 2010

    vs



    Salam...
    amacam?
    aku tgk cite superman ni..
    old version and the new one..
    even tajuk kedua2 cite ni berbeza..
    satu smallville...
    satu superman...

    kenapa aku cite pasal ni?
    cz aku tgh addict dok tgk smallville...
    wahahaha...
    orang sibuk ngn assgmnt melambak aku dok layan cite..
    tp layan2 cite aku..
    keje aku siap =)
    pandai2 lah kan bagi masa...

    hati berbunga - bunga
    blushing2 muka tgk cite ni tau x...wahaha
    cz..lois lane and clark kent sungguh romantik....hehe
    dua2 versi aku tgk..
    yg superman lama masa aku sekolah rendah rasenye kt NTV7..
    tu pon x leh tggl..
    nak2 kalau kene g tuisyen hari ahad~~~..

    sekarang layan smallville...
    nnt lah kalau d duit lebih
    nak cari complete series tuk kedua2 version ni..

    nota kaki : ok...masa untuk sambung wat assigmnt!!!!! 2 more 2 go~~~~~~~~~