• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Dah pernah tengok facebook punye syarikat?

    Jun 30, 2011

    Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia.

    Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.


    Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.

    Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

    Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di premis barunya itu.

    Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.

    Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.

    Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion).

    nota kaki : slalu kite dengar..luar setinggan..dalam kondo.. yang ni terbalik... plak.. tp apa adahal..asalkan poket penuh dengan duit..hehe

    Dulu korang kene rotan x

    Jun 24, 2011
    Salam..malam smua..penat dok taip BQ ni hah..rehat jap..
    Ptg td pas balik keje..aku singgah lah bli air kelapa..
    kebetulan sebelah tu jual brg2 kraf tgn..
    yang agak menarik nye ape bile..
    aku terdengar perbualan ni

    Ibu : Ibu nak beli rotan lah..nakal2 boleh ibu rotan fiq
    Fiq : Sampai hati ibu.... ( sambil die dok pegang2 pelbagai saiz rotan )
    Ibu : Nakal Ibu rotan lah...klw fiq baik..xd lah kene rotan..
    Fiq : Kalau mcm tu biar Fiq lah yg pilih..sebab fiq yg nk kene rotan kan...
    Ibu : Boleh eh mcm tu?
    Fiq : Ni lah ibu..klw fiq kene pon xd lah sakit... ( sambil ambil yg rotan halus ) ...murah je yg ni
    Ibu : Ish budak ni..


    Budak2 zaman sekarang..adulahai..mcm2 ragam..dulu aku xd lah kene rotan dengan rotan buluh tu..

    aku pernah kene dengan tali pinggang..dengan sangkut baju...sakitttttttttttttt.....



    Tp x pe..sbb tu semua aku jadi mcm mana aku sekarang ni...aku nakal sgt masa zaman sbelum remaja..heehe

    Dulu Gay..sekarang lesbian plak

    Jun 21, 2011



    COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.


    KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

    Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

    Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

    Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

    Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang.

    Blogger perlu patuhi undang-undang

    Jun 16, 2011
    salam....
    dah nak kuar cite esok dah..
    aku baru pas bace paper harini..
    tertarik ada satu artikal ni...
    blogger perlu patuhi undang-undang negara..

    aku rasa bukan blogger je kene patuhi undang-undang negara..
    tp semua orang yg duduk kat Malaysia ni..xgitu?
    tp dr pembacaan aku..
    hal ini dirujuk kepada blogger2 yg ade skrg ni..
    cz taraf kite sbgai blogger ni..
    dah mcm penulis majalah..penulis akhbar....


    so kene lah tulis atau taip bende yg benar..benar belaka..
    biar ada fakta..
    jgn plak cite bende2 sensitip..
    nnt kene saman..lu tanggung lah sendiri..hehe..

    mmm..dalam minggu ni..
    sibuk dengar pasal hackers yg sibuuk hack website kerajaan negeri melaka..
    cz x puas hati dengan langkah kerajaan memblock beberapa website untuk mendolod..
    korag rasa mcm mana?
    wajar ke tindakan kerajaan memblock?


    dan wajar ke hackers ni menghack website2 goverment?

    Rokok elektrik..entry khas untuk kawan2 aku yg kuat merokok

    Jun 9, 2011
    SAlam..pernah dengar rokok elektrik?
    pernah?? kirenye aku lah yg ketinggalan zaman..
    xpe2..aku nak share gak bende ni kat korang..
    sebab aku baru tau pasal rokok ni pg td..


    masa kat ofis..
    ade kakak ni ckp laki die hisap rokok elektrik..
    aku siap gelak lah..cz dok terbayang rokok yg siap ade wayar bagai..
    dengan terbayang mcm ne klw terkena kejutan letrik..haha

    pastu akk tu tnye..
    pasal aku gelak..then aku ckp lah..akak ni buat lawak pandai eh..hahah
    dengan sungguh2 die cite pasal rokok letrik ni..
    boleh jimaattt .... sebulan dalam RM40 je..
    boleh kurangkan ketagihan untuk merokok..
    serta tidak terbakar..cz tgh2 isap pon boleh letak dalam poket..


    so balik keje..aku pon search lah pasal rokok ni..
    ternyata betul2 wujud...
    aish..macam2 kn sekarang..
    tp apasalahnye klw korang2 mencube..
    sesuai untuk mereka yg betul2 nk berhenti merokok..





    Doktor cinta - lain kali dah berkenan amik je

    Jun 4, 2011
    Doktor Cinta

    salam..
    pernah tengok novel ni? kat mana??
    aku pernah tgk skali..
    masa mula2 kuar..

    masa tu d niat nk bli..
    tp pikir2 lagi..mcm sedap cite die..
    tp pikir punye pikir
    last2...aku x bli..
    lepas tu aku tgk kat senarai novel paling laris..
    ade pulak novel ni..
    cari2 pastu xjumpe2..
    betul2 laris lah ni...

    smpai ptg td pon cari lg ..
    xd jugak..huhu...
    ingat nk bli on9 lah nt..
    hopefully ade lg stok..

    nota kaki : lain kali kalau dah suka...amik...sedap x sedap belakang cerita~~huhu =,=''