• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Sape yg pernah cashout earning

    Jan 30, 2011
    Salam..semalam aku dok check email..ade email dr HSBC pasal earning yang aku dah cashout bulan lepas...so ni first time aku cashout..

    so aku nak tnye lah..cek nuffnang tengah ondaway ke?


    Sebab aku check plak kat nuffnang..cashout aku yg bernilai RM***.** tu status die dah send...

    lagi satu soalan..nak cashkan cek..kene g bank HSBC jugak ke??



    p/s : orang baru nak blaja bermain dengan cek2 ni..tolong lah bagi tunjuk ajar ye

    Asyik dok pinjam orang je!

    Jan 26, 2011
    Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

    “Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”


    Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

    “Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”


    ” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

    “Minyak wangi?”

    “Minyak Wangi Baba.”

    “Shampoo?”

    “Shampoo Baba.”


    Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
    jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
    pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

    Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
    itu rakan sebilik saya.”


    Belog aku..belog aku lah...

    Jan 25, 2011
    Salam...dah lama dah sebenarnya aku simpan tag ni..nak buat jeruk lah katakan..nasib baik x basi.. x basi ke? x rasenye..kan..kan?...


    1. Nama Belog dan Kenapa anda letak nama itu

    Nia_oii_voice : Nia tu aku amik dari nama aku...AIN...sila baca dari belakang..so jadi lah NIA ... Oii tu plak nama panggilan aku oleh member2 c-pot clanzz...nampak macam kurang ajarkan Oii!!! tp bagi aku..nickname ni lah yg paling nice aku pernah dapat..voice tu means suara...even korang x dgr suara aku kat blog ni..tp penulisan aku dalam blog ni..adalah suara-suara sumbang aku~

    2. URL belog anda dan dari mana datangnya idea itu
    aggreable : Bermaksud persetujuan...persepakatan...aku amik dari majalah yang aku pernah buat dengan member matrik aku dlu shoot..bende2 ni semua kira macam sweet sour memory aku..

    3. Apakah kaedah dalam penulisan belog anda?
    Cara penulisan aku..sempoi..kadang2 aku akan copy 1 artikal tu ..pastu aku akan komen ikut akunye pandangan mata kepala hotak aku ni..pernah nak berkarya dalam English..tp raase x berapa yakin lagi..mybe one day nnt..sape tau kan


    4. Apa perasaan anda bila tengok belog orang cantik dan menarik sedangkan belog anda tidak.

    UUuuuuyooo!!! catiknya belog die...tp belog aku lagi cantik even ramai orang kata ganas.. Pemilik belog ni x ganas mana pon..layout just a layout..not my identiti..hehe

    5. Bilakah belog anda diwujudkan?

    Belog ni wujud pada tahun ke 2000 tahun yg dulu..hah.yg ni tipu..gila-gila punye tipu~~...belog aku yg merah hitam berdarah ni wujud pada 22.2.2009...

    6. Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower belog anda?
    Alamak..soalan cepu emas dan gangsa ni...aku x sure lah..papepon thankz korang follow blog aku..

    Di sebalik status open relationship

    Jan 23, 2011
    Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?


    Dipetik daripada wikipedia

    An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

    yang bermaksud:

    Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.


    Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

    p/s: Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

    Harap Maklum.


    Kredit to Miss azyie

    Bual bicara Zaquan dan Ayu Raudah

    Bila Zaquan mula-mula ajak Ayu kahwin?

    AR: Jangan tidak tahu, dua minggu lepas kami rasmi berpacaran, dia terus ajak saya kahwin. Saya rasa macam tak percaya dan ingatkan dia main-main. Malah saya anggap dia tidak ambil serius sehinggalah dia bawa saya berjumpa keluarganya. Pertama kali pada bulan April dan kali kedua pada bulan Oktober untuk pertunangan. Sebelum dia kenalkan dengan ayah dan ibunya, dia bawa saya berkenalan dengan adik beradiknya. Alhamdulillah, kali pertama saya berjumpa kedua orang tuanya, kami terus jadi baik.

    Ayu di mata Zaquan?

    ZA: Dia seorang yang lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua. Ayu seorang yang sangat manja. Mudah terasa dan merajuk. Saya ini jenis yang tidak pandai memujuk. Kadangkala saya biarkan dia pujuk dirinya sendiri.

    Zaquan di mata Ayu?

    AR: (Gelak) Semua suka terutamanya kerana dia merupakan seorang yang sangat mengutamakan famili. Malah dia dan saya jenis yang rapat dengan famili maka saya faham apa yang masing-masing rasa. Malah dia sangat sopan di hadapan keluarga. Nak kata romantis, tidak, tapi dia berusaha untuk meromantikkan suasana. Dia juga seorang yang teliti dan suka bertanya untuk mendapatkan kepastian dan keterangan lanjut.

    Bagaimana Zaquan mempersiapkan diri untuk masuk ke dalam dunia selebriti dan berhadapan dengan sensasi?

    ZA: Bukan pasangan selebriti sahaja perlu bersedia dengan dugaan dan halangan selepas kahwin. Status artis lebih mendapat perhatian dan pelbagai perkara yang ditimbulkan. Orang biasa juga mempunyai masalah mereka sendiri. Sama ada bersedia atau tidak, saya dan Ayu akan hadapi masa hadapan bersama-sama.

    Mahu berapa orang anak?

    AR: Tidak merancang langsung.

    ZA: Saya tidak kisah, kalau boleh 10 orang okey juga. Lima orang juga okey. Tapi jujurnya saya mahu sepasang lelaki dan sepasang perempuan.

    Perancangan bulan madu?

    AR: Sedih sebab Zaquan tidak dapat cuti. Dia cuma diberi pelepasan pada 20 hingga 23 Januari dan 30 Januari. Jadi kami tidak dapat berbulan madu lagi. Ikutkan perancangan kami mahu ke Hawaii. Saya sukakan pulau kerana ia tenang, tidak sibuk dan kami dapat menghabiskan masa sepuas-puasnya berdua.

    ZA: Saya sudah jelaskan pada Ayu bahawa saya tidak dapat cuti untuk kami berbulan madu. Saya baru sahaja pulih daripada kecederaan dan perlu mengikut latihan-latihan yang ditetapkan. Ayu faham tetapi kasihan dia.

    Masih wujudkah rahsia antara kalian?

    ZA: Tiada rahsia antara kami. Saya cakap pada Ayu, hal yang lepas-lepas biarlah berlalu. Saya pernah ada sejarah dulu dan begitu juga dirinya. Kami tidak boleh ungkit-ungkit perkara lalu. Apa yang penting kini kami perlu berterus terang dan tidak ada apa yang perlu disorokkan.

    Panggilan Zaquan buat Ayu?

    ZA: Saya panggil dia Boo Boo atau sayang dan Baby. Dia pun panggil saya panggilan Boo Boo.

    kisah selanjutnya ...Kredit to KOSMO

    nota kaki : Saje hilangkan sawang yg ade kat blog ni

    Kedai gunting rambut bergerak?

    Jan 17, 2011

    MOHD. NAFISOL menggunting rambut pelanggannya di atas lori yang dijadikan premis bergerak di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.


    TUNGGU GILIRAN. Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya. -


    nota kaki : xmustahil...esok2..kedai makan bergerak ade pon..sape tau kan??

    Private or Goverment?

    Jan 14, 2011
    Salam..lama dah x mengupdate belog ni..berhabus sikit.. mik kain lap2 sikit...mm..baru nampak berkilat.. =P... Aku agak sibuk sikit..baru 2 minggu dua sem..projek dah bertingkat2.. disamping ade gak buat duit lebih..

    ok bukan nak bg korang tips pasal macam mana nak buat duit lebih semasa belajar.. hope aku bleh bahagikan masa dengan betul..antaara busness and stduy...

    Aku sibuk jugak menguruskan L.I aku tuk bulan 5 ni.. L.I tu apee?? Latihan Industri..ala2 praktikal gitu.. kejap je rasenye..dah nak L.I dah aku.. so aku agak sibuk lah online permohonan L.I.. cari tempat untuk L.I..isi borang itu..isi borang ini...



    So sebut pasal mencari tempat L.I.. antara private and goverment..mana menjadi pilihan korang? Kalau aku mesti lah mencari tempat yg masyuk $$$$$...hehee..mata duitan kan??.. x lah..aku mana ade mata duitan..bukan apa..dapat jugak lah buat2 belanje pengangkutan..makan..minum..pakai..hehe...


    OK..masa tuk tido..sok kelas kol 8...nak BW jap....salam

    Aduhai AJL 25

    Jan 10, 2011
    Kau tengok AJL?? AJL tahun ni? Alah..AJL 25...Aku ngan rumate aku.. terpaksa buat pilihan antara AJL 25 and Ngangkung...Tapi kitorang pilih AJL 25...Dengan internet nye yg tersekat2.. kejap2 mulut2 artis ternganga bile tenet stuck...mcm ni..



    Pastu bile tenet ok..lirik tibe2 timing bersepah-sepah lagu die...tapi dengan semangat.. teruskan jugak...Aku bengang x dapat nak tengok Hujan buat performance...xpe2..sok aku cari tempat nk downloadnye...aku x harap pon hujan menang..tp kalau menang pon apa salahnye kan..hahaha...


    kamu tetap pemenang dihati aku..

    ok sambung balik cite...tengok persembahan 3 kak diva kita.. Kak Pah..kak ct and kak ziana.. Tang kak pah..awat muka nmpak lain mcm je...kak ct ... wuyooo~~ kurus macam zaman2 anak dara dulu.. Kak ziana..erm..no komen kot...ok je...mantap mcm biasa..

    Sebelum terlupa..pengacara malam ni pon macam x best je..patut tukar orang lain setiap tahun..kalau x lawak sama je... Semua persembahan tangkap muat je..xd yg mampu buat bulu hidung aku dan rumate2 ku naik pun..ni kan plak nak bulu roma kitaorang naik...

    Saat2 yg ditunggukan bile pemenang2 diumumkan...mcm yg aku ckp td..internet stuck2..time faizal tahir menang..xpelah..bg chance...pastu hafiz plak vokal..ok..bagi lah jugakkan.. pastu yg lain2 aku xdgr nama..terus naik pemenang2 die...hahaha....cz tenet cm buduh!

    aku nye pilihan...tuk menang malam ni..tp apa kan daya...x menang semuanya.. Drama King je menang...





    Xpe2 aku x salahkan Ana Rafali sebab die menang..sebab bukan die tau die nk menang pon.. aku xsalahkan AJL pon cz video stuck2...cz tenet yg hebat sgt kan hostel ni...

    nota kaki : Ngangkung patut menang malam tadi..xgitu rumate2 aku!!!

    Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor nak 10 anak

    Jan 9, 2011

    KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos disahkan mengandung bayi sulung mereka.

    Sheikh Muszaphar yang mengesahkan hal itu memberitahu, beliau bersama isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak cukup gembira dengan perkhabaran tersebut.

    "Sukar untuk saya gambarkan perasaan tetapi saya bersyukur dengan zuriat daripada Allah dan ini hadiah yang terbaik untuk kami," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

    Sheikh Muszaphar dan Halina selamat diijabkabulkan pada majlis yang penuh gilang- gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Oktober 2010.

    Menurut beliau, kandungan Halina kini berusia 12 minggu dan keadaan kesihatan isterinya baik dan tidak banyak kerenah.

    Beliau mengimpikan untuk dikurniakan anak yang ramai.

    "Kalau boleh saya nak 10 orang anak,'' kata Sheikh Muszaphar.

    Kredit to KOSMO

    Lelaki takut pada soalan-soalan begini..betul ke?

    Jan 7, 2011
    Apakah dia tertarik pada wanita lain
    Jangan cuba-cuba menanyakan pertanyaan ini. Beberapa wanita tetap bertanya pada pasangannya apakah ia tertarik pada wanita lain atau tidak? Seorang lelaki yang mengaku tidak memperhatikan atau merasakan sesuatu pada wanita lain tidak ubah merupakan seorang lelaki lemah dan bohong. Tidak ada salahnya lelaki memperhatikan dan mengkagumi wanita lain asalkan perasaannya tidak meyimpang.

    Apakah yang terjadi pada hubungan masa lalu
    Beberapa wanita menjadi ingin mengetahui tentang masa lalu pasangan mereka. Mereka mahu tahu apakah pasangannya bahagia dengan bekas kekasih atau isteri atau malah sebaliknya. Tidak ada untungnya menyelidiki isu ini selain anda mungkin memberikan perhatian dengan pengalaman masa lalunya. Ingat dia mungkin telah banyak berubah dan belajar dari kesalahan. Cubalah untuk tidak mengungkit kesalahan masa lalu keranan dia mungkin sudah ingin melupakannya.



    Kemana dan bagaimana hubungan berjalan
    Banyak wanita yang tidak sabar-sabar ingin membincangkan sola hubungan. Mereka ingin tahu bagaimana pasangan mereka merasakan hubungan sehingga memintanya untuk menceritakan. Masalahnya, diskusi ini membuat banyak lelaki tertekan dan gelisah dan pertanyaan seperti ini kelihatan tidak jelas dan mungkin lelaki tidak mengerti apa sebenarnya yang ditanyakan.

    Apa yang difikirkan? (biasanya di tempat tidur)
    Beberapa wanita ingin menyakinkan apakah pasangannya tengah memikirkan tentang dirinya di tempat tidur. Ini adalah pertanyaan rumit. Meskipun dia mencintai dan sangat bahagia, normal bagi lelaki membayangkan orang lain. Ini bererti dia membuat pengalaman menyenangkan bagi dirinya sendiri dalam banyak cara.


    Apakah dia selesa dengan teman atau saya
    Banyak wanita menjadi posesif terhadap perhatian pasangannya. Wanita ingin dimasukan dalam setiap aktiviti sebagia bukti pasangan mencintainya. Dan jika seorang lelaki selalu bersamam teman-temannya, mereka bertanya apakah dia lebih suka menhabiskan waktu diluar dibandingkan menghabiskan waktru di rumah. Sebenarnya lelaki memerlukan waktu bersama teman-temannya, tidak peduli seberapa dalam di mencintai anda.



    nota kaki : Aku x rasa lelaki takut dengan soalan2 mcm ni..just dorang x suke kot..kot lah...

    Awak busuk

    Jan 5, 2011
    Ha..dah mandi belum?
    Busuk!
    tau x busuk!
    awak busuk~~
    memang busuk..

    Pergi mana-mana pon..
    pasti akan ada orang kenal..
    sebab awak busuk...
    Masih ade bau lagi...

    hopefully pas join giveaway " Awak Busuk "
    by EDDY
    awak dah x busuk lagi..
    hehe...
    giveaway lah rupenye..
    ingat kan ape lah tadi..

    anyway aku xpakai minyak wangi pon..
    cz mmg dah wangi..heheh...
    tp kalau dapat menang giveaway ni pon ape salahnye kan2...
    boleh lah aku blaja pakai2 minyak wangi ni..



    ok...kene tag 1 orang blogger lelaki..
    1 orang blogger perempuan..
    alah2 mencari jodoh plak..haha...
    boy : Krole
    Girle : Annys

    Tarikh Tutup : 11.59AM pada 12/1/2011

    A Magnolia Sherbet A Day Give Me a Good Taste

    Jan 4, 2011

    Jemu dengan perisa-perisa aiskrim yg terdapat dipasaran? Kini terdapat satu perisa baru yg bakal menempatkan dirinya didalam hati dan deria rasa anda...F & N Magnolia bir masuk Angkat deria anda dengan F & N Magnolia bir - teksturnya lebih ringan dan halus daripada ais krim, dan mengandungi potongan buah asli / pure - itu menyegarkan anda tidak seperti yang lain!

    4 variasi perisa yang lain daripada yg ada dipasaran sekarang.... Lychee, Manggis, Tembikai dan Orange, Buah-buahan rasa anda menjadi gembira tanpa berat dari susu ais krim-penuh.....Inilah kelainan yg ditampilkan dalam F & N Magnolia bir ...

    p/s : sudah berada dipasaran..jom kita dapatkan.. =)