Oh Malaysia KU!!
'Menang dijulang, kalah dibuang'
KETIKA tiada siapa mahu percaya, K Rajagobal tidak pernah diganggu ragu. Kini, di tengah-tengah ghairah pelbagai pihak yang mahu 'tumpang sekaki' meraikan kilauan emas bola sepak selepas 20 tahun menanti, mesej pengendali itu kekal konsisten.
"Jangan sesekali kita terbawa-bawa dengan kejayaan ini. Memang pemain-pemain berhak untuk meraikannya, kerana ini adalah hasil keberanian, kesungguhan dan semangat mereka. Juga rakyat Malaysia yang sudah lama mahukan kejayaan ini."Tetapi jangan sesekali kita lupa bahawa mereka masih pemain-pemain muda. Tiga tahun lagi, dan mereka boleh jadi pasukan kebangsaan yang layak kita banggakan. Ini masa untuk memberi sokongan kerana tidak mudah untuk menjadi juara," katanya.
Bimbang dan gelisah itu memang berasas, jika apa yang pernah berlaku sebelumnya mahu dijadikan pengajaran. Ia harus bermula dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kini perlu bijak mengikis mentaliti 'menang kita julang, tumbang kita buang.'
Kerana petanda dan buktinya terlalu nyata. Jika tidak, masakan selepas menang 3-1 ke atas Laos - ketika pingat emas belumpun dalam genggaman - sudah ada yang berteriak ' ini era baru bola sepak negara.'
Ataupun kenyataan tanpa asas segelintir pucuk pimpinan badan itu yang merumuskan 'kita boleh menang pingat emas' selepas skuad negara tumpas 2-3 kepada Manchester United, Ogos lalu - padahal Rajagobal sendiri ketika itu belum berani meletakkan sebarang sasaran.
Semua itu mewujudkan tekanan. Seharusnya, pada 'era bola sepak moden', pemimpin sebegini sudah bijak dengan hakikat betapa hanya jurulatih berhak membuat ramalan sebegitu kerana jika gagal, mereka yang berdepan risikonya.
Jika ada yang mahu 'mencuri tumpuan', ia harus dibuat berdasarkan justifikasi, bukan syok sendiri.
Syabas Rajagobal kerana percaturan taktikal yang berjaya membingungkan rakan sejawatnya di Vietnam, Henrique Calisto.
Juga barisan pemain, terutama barisan benteng, yang mengekalkan disiplin sepanjang perlawanan, sekali gus memerangkap lawan yang sukar mencari ruang buat mencipta peluang dan memanfaat kesempatan.
Mereka kini pada landasan betul untuk mendaki semula gunung pengiktirafan. Jangan biarkan tumpuan terganggu angkara 'pengacau beragenda peribadi' yang sekadar terpesona seketika dengan kilauan emas yang dibawa pulang.
nota kaki : pada mereka yg tidak percaya malaysia akan mng..bukan org malaysia namenye.. wlwpon mereka tidak hebat..kita perlu support..baru lah malaysia.. ade yg sokong laos ari tu?? anda mmang pelik..nge~~ tahniah malaysia
yyeaahhh.malaysia boleh...ihih