• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Menantu versus Mertua

    Mar 31, 2010

    PENERBITAN produk seni termasuk drama hari ini juga ada kaitan dengan rating yakni jumlah tontonan. Ia juga memberi petunjuk kepada produser dan stesen TV sama ada untuk menerus atau menghentikan penerbitan sesebuah produksi itu.

    Perkara inilah yang turut dirasai drama Mertua vs Menantu yang ke udara di Astro. Berikutan kejayaan rating tertinggi sebanyak 2.7 juta penonton pada musim pertama, pihak produksi menerima bonus daripada Astro Prima.


    Pencapaian drama 26 episod (termasuk siaran ulangan) itu bukan saja menarik minat ramai penonton malah angka itu mencatat rating tertinggi dalam sejarah Astro sepanjang menyiarkan mana-mana drama bersiri sebelum ini.


    Ganjaran bonus RM66,000 diterima Metrowealth (MIG) daripada Astro Prima diagihkan kepada semua barisan pelakon dan petugas drama berkenaan.


    Majlis penyampaian bonus itu berlangsung pada majlis pelancaran jualan cakera padat digital (DVD) Mertua Vs Menantu di Restoran Lemon, The Mines, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Buat permulaan, MIG akan memasarkan 6,000 unit DVD drama bersiri itu menerusi Multimedia Entertainment Sdn Bhd pada harga RM69.90.


    Majlis turut dihadiri Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani dan penerbit Mertua Vs Menantu, David Teo.


    0 Mereka yg baik: