Betul ke ni wahai kaum hawa..fact or out of fact?
Apr 18, 2010
London - Kebanyakan perempuan tidak boleh menyimpan rahsia lebih dari 47 jam, menurut sebuah kajian terbaru. Penelitian menemukan perempuan biasanya akan membocorkan rahsia paling tidak kepada satu orang lain dalam 47 jam dan 15 minit, seperti dilaporkan Daily Telegraph.
Hal itu juga bergantung pada subjek gosip tersebut, teman lelaki, suami, sahabat, atau ibu adalah yang paling hampir untuk menjadi orang pertama yang mereka beritahu.
Penelitian terhadap 3000 perempuan berusia antara 18 dan 65 tahun, juga menemui bahawa empat dari sepuluh responden mengakui bahwa mereka tidak dapat menyimpan rahsia, tidak kira betapa pribadi atau rahsia hal tersebut.
Hal ini juga dipengaruhi sedikit alkohol, biasanya memberi peluang untuk mengeluarkan rahsia dengan lebih lagi. Lebih dari setengah responden mengakui satu atau dua gelas anggur dapat mendorong mereka untuk mengungkapan apa yang terpendam.
Michael Cox, Pengarah Inggris Wines dari Chili, yang ditugaskan meneliti untuk Hari Nasional Chili, berkata: "Ini resmi - perempuan tidak boleh menyimpan rahsia.”
"Kami benar-benar tertarik untuk mengetahui dengan survey ini berapa banyak orang yang boleh menyimpan rahsia. Tidak peduli betapa berharganya informasi, hal ini sering keluar dalam domain publik dalam masa 48 jam. Itu bererti setiap seorang perempuan telah mengaku pada seorang teman tentang kebimbangan mereka kerana tidak tahu di mana rahsia mereka hendak dituju."
Para perempuan biasanya melakukan pelbagai cara sama ada bersemuka, di telefon atau melalui pesanan teks, baik surat ataupun chatting di internet.
Baiknya pula, beberapa dari mereka, lebih dari satu perempat berkata, mereka lupa apa yang diberitahu pada mereka pada keesokan harinya.
nota kaki : Pada aku bende ni tak betul..cz aku boleh je simpan rahsia dalam masa jangka masa yg panjang..pape pon ni just kajian je
tak betul...tak betul...nama pun rahsia kan. kene la simpan.
tapi kalau gosip memang takleh tunggu 24 jam. cepat jer tersebar. hehehehe....