• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Make sure korang kawen dengan berlainan jantina dengan korang..

    Apr 4, 2011

    JAKARTA - Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialahseorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

    Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

    "Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.

    Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

    "Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.

    Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

    Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.

    Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

    Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

    Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. - Agensi

    8 Mereka yg baik:

    1. MiszCoMoT said...:

      yang ceq heran...kenapa selepas 6 bulan???hoho

    1. Acik As said...:

      "Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. - Agensi"

      menyamar jadi lelaki???

    1. saya_arief said...:

      entah..
      lepas 6 bulan baru perasan.
      xkan lah...
      :D

    1. Lee Escanor said...:

      hahahaha. lawak2.. btw, nice entri :)

    1. p[A]n[A]d[0]L© said...:

      ahhaha
      macam2 btl la dunia skang nie..

    1. Unknown said...:

      haiyooo 6 bulan baru perasan habis 5 bulan sebelum malam jumaat macam man?

    1. Shafiqah Rashid said...:

      erk?
      mcm ni pon ada..
      haha..
      tp pelik , npe 6 bln bru prsan..
      ohmyyyy :D

    1. NiNaBaNaNa said...:

      aduhyai . tertipu selama 6 bulan tuu !