Pernah ke ambil tahu pasal ini atau tak nak tau lansung
Aug 6, 2011
Salam..tengah buat ape tu? tidur? smoking? tidur? adakah perkara ini membatalkan puasa anda? jom tengok ape yang nia nk kongsikan pada korang ni..mybe ada yang dah tau..dan mybe ade yang x tau lansung dan x pernah nak ambil tau kan?
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.
-Makan
-minum
-merokok
-Muntah dengan sengaja
-Mengeluarkan air mani
-Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
-Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
-Menjadi gila
-Pitam sepanjang hari
-Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
-Murtad, iaitu keluar dari agama Islam
alhamdulillah..wat mase ni sume terjaga..hehe..xtaw plak dlm keadaan xsengaja..hehe