Kutipan filem arahan Ahmad Idham yang sedang rancak di pawagam sekarang, apa lagi kalau bukan Adnan Sempit tu lah, dah mencapai kutipan RM4.1 juta! Jumlah itu baru saja sembilan hari ditayangkan iaitu sejak 14 Januari lalu hingga petang kelmarin.
Bayangkan dalam tempoh sembilan hari saja, ia boleh pungut sampai RM4 juta lebih. Itu baru kutipan mengikut rekod skim Syarat Wajib Tayang, belum lagi dikira kutipan di Singapura dan Brunei, selain pawagam bebas. Fuh.... dahsyat betul kutipan Adnan Sempit. Nama tajuk filem ini pun pelik juga, apa yang si Adnan itu jadi sempit.
Adnan Sempit pada hari pertama saja sudah cecah sampai RM500,000. Pada tayangan Sabtu minggu lalu, kutipannya sehari saja lebih RM950,000. Itu memang satu sejarah baru dalam industri filem kita sebab selama ini tak pernah dengar ada filem tempatan yang boleh capai kutipan sampai RM1 juta dalam tempoh sehari tayangan.
Nampaknya Ahmad Idham dan tauke filem itu, David Teo boleh senyum panjang lebar lagilah. Yalah, memang rezeki mereka, buat filem selalu menjadi dan dapat kutipan box-office. Tahniah buat Ahmad Idham dan David serta barisan pelakon Adnan Sempit. Kak Pora baca dalam laporan akhbar, David letak sasaran sampai RM8 juta atau sekurang-kurangnya RM6.5 juta. Hebat tu! Tentu David sambut Tahun Baru Cina kali ini dengan cukup seronok sebab filem pertamanya tahun ini memang berjaya di pawagam.
nota kaki : aku bukan kaki paggung wayang.. so aku akan dptkan dvd or vcd or ori punye tuk cite ni..bangga weyh bila tgk filem Malaysia dapat sambutan yg mcm ni
wow gile kentang..hebat tuh..
ak x berkesempatan nak g tgok cite ni..
nnt da beli dvd ak nk pinjam dulu..coppp!!