Bicara Hati
Mar 12, 2010
aku bukan nk bercerita tentang novel yang bertajuk bicara hati..tetapi penulis dia.. iaitu DAMYA HANNA..Bicara hati adalah novel pertama yang aku baca..masa form 3 rasenye.. Hebat tak hebat penangan novel Bicara Hati ni kan.. Sebelum membaca novel mnjadi hobi aku.. Aku slalu ckp ngan mmber2 aku yg bace novel " best ke bace novel ni..tebal giler..mengantuk kot klw aku baca " kata2 tu semua dah x bleh pakai dah..sebab aku kalau baca novel kalau bleh nak habis kan dalam satu hari je.. kalau novel tu best lah kan..
kalau novel x best..mau gak makan seminggu tuk habiskan..dah beli takkan x bace plak kan..membazir plak nnt..hari ni mase aku belek2 metro online..aku terbaca tentang DAMYA HANNA..antara penulis kegemaran aku..
Gadis manis berusia 28 tahun itu banyak menjadikan kegagalan artikel sebelum ini dan teguran yang diberikan berkaitan pengolahan ceritanya sebagai panduan untuk memperbaiki mutu penulisannya.
Menurutnya, segalanya perlu bermula dari bawah malah pengalaman akan mengajar dan memberi cara penyelesaian terbaik untuk meningkatkan mutu penulisan sedia ada.
"Saya banyak belajar daripada kesilapan terdahulu. Malah segala kritikan yang diberikan saya jadikan panduan agar kesalahan pada pengolahan cerita yang sama tidak dilakukan.
"Dari situlah saya mula belajar teknik tertentu untuk menulis novel berkualiti agar dapat diterima masyarakat umum," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Malah di awal pembabitannya dalam dunia penulisan, keluarganya tidak mengetahui minatnya itu kerana dia tidak menonjolkan kegiatan menulisnya kepada mereka sebaliknya hanya mula menulis selepas ahli keluarganya tidur.
Bagaimanapun pada 2002, tahun yang mula merubah segalanya apabila editor sebuah syarikat penerbitan menelefonnya mengesahkan manuskrip dihantarnya sebelum ini diterima untuk diterbitkan.
"Pada mulanya saya tidak begitu yakin dengan khabar itu dan rasa berbelah bagi sama ada bersedia untuk mendedahkannya pada keluarga ataupun hanya berdiam diri.
"Tetapi apabila buku pertama Bicara Hati mula diterbitkan, barulah saya mempercayai bahawa mereka tidak memberikan harapan kosong," katanya.
Malah dengan penerimaan menggalakkan daripada peminat novel tempatan terhadap karyanya, ia mula menjadi pencetus pengenalan nama Damya Hanna di kalangan peminat novel tempatan.
Bakat yang mula dipupuk sedari sekolah rendah lagi banyak memberikan pengalaman berharga kepadanya.
Ketika itu, dia hanya menulis cerpen pendek yang berkisar mengenai kisah kanak-kanak kemudian di sekolah menengah, barulah IntanSuhana mula membabitkan diri dengan bentuk penulisan cerpen yang lebih panjang.
"Minat menulis makin kukuh di dada dan saya mula bertindak serius dalam bidang penulisan ketika berada di universiti.
"Malah dengan sokongan diberikan pensyarah, ia menjadikan minat untuk mendalami dunia penulisan lebih membara dalam diri saya," katanya.
Sepanjang tujuh tahun berkecimpung secara serius dalam bidang penulisan ini, dia berjaya menghasilkan tujuh novel cinta yang menjadi kegilaan ramai remaja.
Antaranya Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Rela Kumenanti, Senafas Cinta, Ternyata Cinta dan Ilham Hati.
Tidak dapat dinafikan katanya, gaya penceritaan yang ditonjolkan lebih mengkhususkan kepada kisah cinta antara remaja.
"Saya pernah cuba untuk mengubah gaya penulisan, tetapi berdasarkan maklum balas diterima daripada peminat, mereka tidak begitu menyukai pengubahsuaian yang cuba dilakukan.
"Mahu tak mahu saya perlu memberikan keutamaan kepada minat dan selera pembaca tempatan memandangkan mereka banyak membantu menaikkan nama Damya Hanna itu sendiri," katanya.
IntanSuhana kini melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kesusasteraan Melayu di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Akuinya, agak sukar untuk menumpukan perhatian antara menulis dan belajar pada satu-satu masa. Menurutnya, kebanyakan kerja penulisan novel yang dilakukan sebelum ini adalah pada waktu cuti semester.
"Saya tidak akan mencampuradukkan pelajaran dan minat kerana tidak mempunyai kemampuan untuk melakukan dua kerja pada satu masa.
"Saya akan memastikan keutamaan diberikan kepada pelajaran terlebih dulu sebelum melakukan sesuatu yang lain," katanya.
Walaupun begitu katanya, menulis masih menjadi minat dan ia tidak mungkin akan hilang begitu saja cuma masa untuk memfokuskan diri terhadapnya kini agak kurang.
Buku terakhirnya ialah Ilham Hati (2009) dan kini masih belum dapat menghabiskan buku terbaru.
"Dengan kesibukan diri sebagai pelajar, ia banyak memberikan tekanan kepada saya untuk terus bergiat aktif dalam menulis.
"Mungkin saya akan hentikan bidang penulisan ini buat sementara waktu sehingga habis belajar kemudian barulah kembali menulis," katanya.
Bagaimanapun katanya, ia masih dalam perancangan dan yang pasti, IntanSuhana tidak akan sesekali meninggalkan dunia penulisan yang amat diminatinya itu.
>Profil
NAMA: IntanSuhana Ramli
NAMA PENA: Damya Hanna
TARIKH LAHIR: 20 Oktober 1982
TEMPAT LAHIR: Cheras, Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, UKM Sarjana Kesusasteraan Melayu, UKM
KERJAYA: Pelajar dan Penulis
PENCAPAIAN: Anugerah Penulis Prolifik Syarikat Alaf 21 pada 2007
nota kaki : Aku dah lebih dari 20 kali kot ulang novel bicara hati ni..sampai novel tu dah lunyai..tp ttp sayang
suke giler novel bicara hati. i have one ;)