• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Siswazah IPTA tiada empat kemahiran asas

    Mar 6, 2010

    SERDANG - Kajian mendapati golongan siswazah di negara ini sukar mendapat pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai empat kemahiran asas insaniah.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, empat kemahiran tersebut ialah kemahiran komunikasi, nilai dan etika, kepimpinan serta pemikiran kritis.

    Katanya, kajian yang dilakukan membabitkan 250 syarikat kerajaan dan swasta itu mendapati siswazah tersebut gagal menonjolkan kemahiran insaniah mereka ketika ditemuduga.

    "Menyedari tentang kepentingan kemahiran insaniah untuk masa depan siswazah kita, pihak kementerian telah menyusun pelbagai strategi untuk memastikan mereka mampu bersaing dalam pasaran kerja.

    "Selain mewujudkan kursus kokurikulum berkredit di semua institusi pengajian awam (IPTA) ketika ini, pihak kementerian telah memperkenalkan bengkel Training of Trainers (TOT) di bawah kursus itu yang akan dilancarkan pada 12 Mac ini," katanya.


    2 Mereka yg baik:

    1. affizza said...:

      tp UMP ade. sbb 2 r ade kemahiran lembut. nk mengasah graduan UMP ade 4 kemahiran ni r. bgskn UMP??hihi

    1. normasturamohamad said...:

      btol2...student ump lg berkualiti.. :D