Jom Balik Kampung ! Diskaun Tol
Aug 11, 2012
RAWANG - Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan 
diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus kepada jutaan 
pengguna kenderaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ulang tahun 
kemerdekaan negara tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, tawaran 
diskaun tersebut boleh dinikmati pengguna bermula 15 Ogos ini apabila 
ada antara lebuh raya berkenaan menawarkan kadar murah itu bermula 
tarikh tersebut.
Beliau berkata, tambah menarik apabila Lebuh Raya Maju (MEX) dan 
Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menawarkan tol percuma kepada 
pengguna bagi semua kenderaan pada 31 Ogos ini.
"Tawaran diskaun ini merupakan yang tertinggi pernah diberi 
pengendali lebuh raya di negara ini yang menggunakan peluang tersebut 
untuk menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat masing-masing," 
katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak cadangan 
pembinaan susur keluar dari Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke 
Kundang di sini semalam.


 


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...