• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • aKhLak waNitA

    Feb 23, 2009

    Kadangkala saya terfikir, adakah kaum saya sangat lemah sehingga terlalu mudah terpedaya, seterusnya terlanjur ke lembah hina. Bayangkan, umur semuda belasan tahun, sudah ada yang terjebak dengan masalah sebegitu.Saya kecewa dengan apa yang berlaku pada kaum sejenis saya. Mengapa iman di dada kita terlalu rapuh? Kadangkala saya terfikir, adakah wanita kini sudah luput rasa malu? Malukah kita jika dianggap kolot atau konservatif apabila mempertahankan kesucian dan harga diri?Saya tidak salahkan wanita 100 peratus. Ada perkara yang terjadi mungkin bukan disebabkan kehendak dan kerelaan wanita terbabit, tapi bagaimana pada wanita, termasuk remaja, yang dengan mudah dan rela diri diperlakukan begitu? Islam sudah mengangkat martabat wanita di tempat sebaik-baiknya, mengapa kita tidak menghargainya?Adakah perlu lelaki dan wanita bukan mahram berpegangan tangan, berpeluk-pelukan dan belai-membelai apabila bergelar pasangan kekasih? Trend sebegini menjadi ikutan setiap pasangan kekasih masa kini.Percayalah, jika trend begini berterusan, tidak mustahil satu hari nanti kita dapat lihat adegan bercium dan seks bebas di tempat terbuka menjadi perkara biasa dalam masyarakat.Nauzubillah... bagaimana sesebuah negara itu akan berjaya, makmur dan diredai Allah jika barisan pelapisnya rosak akhlak dan rapuh imannya. Pada masa itu juga, bersediakah kita semua untuk menerima apa jua azab dijanjikan Allah SWT?Wahai remaja dan wanita di luar sana, bangkitlah dan jadilah kaum berilmu lagi beriman. Berilmu tanpa iman adalah sia-sia, dan sia-sia juga jika kaum kita terkenal dalam peratusan tinggi di universiti tetapi akhlak di tahap rendah.Mulianya seseorang wanita itu bukan pada kecerdikan, kedudukan, kecantikan atau kemasyhuran, tetapi pada akhlak, harga diri, berilmu dan patuh segala larangan dan suruhan Tuhan.Wanita itu perhiasan dunia, maka jadilah kita semahal-mahal perhiasan supaya tidak semua orang boleh menyentuh, memegang dan memperlakukan kita sesuka hati. Pertahankan selagi termampu dan bersederhana dalam kehidupan. Mudahan-mudahan kita menjadi kaum yang sentiasa diberi perlindungan Allah SWT.

    0 Mereka yg baik: