• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Ally Iskandar dan Rozita Che Wan?

    Oct 20, 2011

    Gandingan Rozita Che Wan dengan hos rancangan tv terkemuka, Ally Iskandar sempena Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) adalah satu kejutan yang berada di luar jangkaan ramai pihak. Gimik atau tidak, ia merupakan salah satu strategi pihak produksi ASK 2011 untuk menarik lebih ramai penonton di seluruh Malaysia bagi mengikuti perkembangan anugerah berprestij ini.


    Ally Iskandar yang ditemui di Double Tree By Hilton sempena sidang media ASK 2011 sempat berkongsikan pandangannya mengenai Rozita Che Wan, atau panggilan manja, Cik Ta.

    “Saya perlu mencari keunikan yang ada pada Rozita Che Wan. Setiap kali kemunculannya pasti mencetuskan sesuatu yang menarik perhatian orang ramai. Jadi, saya perlu menggunakan kelebihan yang ada pada Rozita. Walaupun saya berpengalaman dalam bidang hos, saya tidak boleh overshadowRozita Che Wan. Kami perlu bekerja sebagai satu pasukan supaya ia tidak kelihatan janggal di mata penonton nanti. Saya harap boleh mengurangkan kecanggungan itu,” jelas Ally Iskandar kepada OHBULAN!

    Pada masa yang sama, Rozita Che Wan teruja apabila menerima tawaran untuk menjadi hos bagi ASK 2011 daripada pihak TV3.

    “Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak TV3. Saya tertanya-tanya, “Eh, biar betul?”.

    “Tanpa berfikir panjang, saya terus menerima tawaran ini kerana ia merupakan titik tolak kepada perkembangan karier juga. Insyallah, saya & Ally akan berlatih dan berusaha sebaik mungkin agar di majlis anugerah kelak, kami tidak kelihatan pelik.”


    Sumber Oh Bulan : keje lah wei..bukan skandal..hehe

    17 Mereka yg baik:

    1. noraauliyya said...:

      Ally kena pakai highheels .

    1. Unknown said...:

      rezeki utk Cik Ta..=)

    1. Admin said...:

      semoga dapat mengacarakan dengan baik

    1. The day we meet said...:

      dah memang lumrah manusia..yg cantik akan lebih dpt perhatian..hehee

      pape pun tahniah utk rozita :)

    1. Cik tikah said...:

      rozita sgt cantik!!!!

    1. Azhafizah MN said...:

      waaa..RCW jadik pengacara pulak..ok,saksikan je la nanti cemane

    1. kakngah said...:

      sorang tinggi.. sorang kurang nak tinggi hihihihi!!!

    1. teratai said...:

      mungkin ada keserasian, siapa tahu...kita sama2 tengok:)

    1. Cik Yana said...:

      Rozita tu la dah la tinggi. Ally comel kecik2. Kena pakai heels tu :P

    1. yen(toka ziizokukuto) said...:

      uwh,,,,heheh,,,,rozita che wan mengecara??? :)

    1. aindzaya said...:

      boleyyla...asal jgn melatah suda nty..huhu

    1. aindzaya said...:

      apa tajuk lagu blog nie..best la..t share tajuk lagu kat blog ain..hehe tengss!!

    1. sue perbs.. said...:

      hehe.. tinggi nya rozita che wan

    1. faizal mohd said...:

      ngatkan skandal baru tadi.. huhu

    1. Anonymous said...:

      boleh kew Rozita jadi hos ??
      semacam ajer ,, :)

    1. ctk said...:

      rse cm xsesuai je rozita jadi pengacara tu..haishhh..tgk jer lah nanti ..huhu