• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Kecelaruan Jantina

    Oct 4, 2011

    Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mereka daripada terlibat dengan gejala kecelaruan jantina yang berlaku di negara ini dan bukannya terus menyalahkan kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

    Beliau berkata, kecelaruan ini tidak berlaku secara mengejut, tetapi bermula secara perlahan-lahan dari kecil dan seharusnya diberi perhatian penuh oleh ibu bapa melalui didikan di rumah dan masyarakat setempat.


    "Ibu bapa harus mendidik anak dengan cara berpakaian, penampilan dan tingkah laku mengikut jantina malah pemilihan nama juga harus dititikberatkan agar tidak berlaku gejala kecelaruan jantina ini,” katanya semasa ditemu bual dalam program Kerusi Panas di Bernama Radio24 di sini hari ini.

    Mengenai tindakan yang diambil kerajaan bagi mengawal pengaruh Barat yang dilihat memberi kesan kepada penularan gejala itu, Mashitah berkata, revolusi ‘langit terbuka’ kini tidak boleh dibendung tetapi boleh dikawal dengan kerjasama semua pihak.

    Beliau berkata, kerajaan sudah mengambil pelbagai langkah untuk membantu golongan yang mempunyai masalah kecelaruan jantina termasuk membina pusat-pusat pemulihan akhlak di beberapa lokasi di seluruh negara.

    Mashitah berkata, golongan seperti ini tidak boleh dipaksa untuk ke pusat pemulihan tetapi mereka harus didekati dan dinasihati termasuk diberi didikan agama untuk menyedarkan mereka.

    14 Mereka yg baik:

    1. Unknown said...:

      hanya mereka yg tahu apa masalah sebernarnya dlm diri mereka msg2

    1. pinky_liscious said...:

      uish... nasib baik pink tak kecelaruan identiti or jantina.. ;)

    1. Unknown said...:

      dekatilah islam..insyAllah akan faham apa tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini...

    1. A retarded kitty said...:

      kesian. nasib baik aku straight

    1. CeritaSekupang said...:

      nasib baek cs straight..haha..


      cs pernah tulis pasal kecelaruan personaliti ... ^_^

    1. Ungu Violet said...:

      cian...celaru tuh...huhu

    1. NER said...:

      kesian betul mereka ni. semuga Allah membuka hati mereka kembali bertaubat.

      My Latest Entry: The Greatest Love Story Earth Ever Had.

    1. aibat said...:

      diri sendiri kena kuat utk ubah kehidupan...:)

    1. kehidupan said...:

      kene pndai bawak diri gak.... klau dh jauh ngan parents, konpem, trpegaruh...payah gak

    1. Admin said...:

      ahad lepas aku g ecmall..ada lah satu pasangan ni..girl nye punya la cantik jap lagi peluk2 ngan penkid....masyaallah

    1. budakijaupendek said...:

      nak komen pun tak boleh sgt,
      sb tak berada dalam situasi golongan ni.
      tp balik kpd agama masing2.
      hati masing2 la.
      dosa pun tanggung sdiri.
      suka lagu blog ni, follow! (:

    1. Anonymous said...:

      kekadang kita tak tau kenapa dorang jadi macam ni,maybe kisah sila yang buat dorang macam ni,tak pun terpengaruh dgn kengkawan,moga dorang berubah lah :) amin

    1. ctk said...:

      yang penting, nabi xngaku umat shingga mereka bertaubat...huhuhu

    1. si kiut lavender said...:

      well...everything happen start from home