• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk

    Oct 26, 2011

    Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

    Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

    Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

    Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

    "Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

    "Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.


    Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.

    Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

    Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

    "Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.

    Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

    Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

    Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters


    6 Mereka yg baik:

    1. rutikeben said...:

      siap tutup idong pakcik sorang tu

    1. nieysa:) said...:

      ngeri tgk keadaan mayat cmtu .
      tak boleh bukak blog die niew time malam niew , seram ! ngigau nanti . HAHA !

    1. Admin said...:

      jenazah org islam ptt dihormati

    1. Yana Halim said...:

      bengong orang Libya nie. Menganut agama apa gamaknya diorang nie sampai tak buat fardhu kifayah elok2..

    1. ctk said...:

      kenapa mereka tunjuk mayatnya gitu..huhuhu..lau betoi pon dia terok, itu urusan dia ngan tuhan..huhu

    1. johoreanboy91 said...:

      fardhu kifayah tu, . . . kenapa pulak nak tangguh2 kebumi, . . . . mereka kan manusia, berhak untuk dikebumikan, . . . . orang2 yg simpan taknak kebumikan memang zalim, tidak memberikan hak kepada yang berhak, . . . :(