• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Tukar MyKad

    Oct 16, 2011

    Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

    "MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

    Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu.

    Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said.

    Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

    Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim.

    Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu.


      National Registration Department director-general Datuk Alwi Ibrahim showing a sample of the  new MyKad (left), which will be embedded  with state-of-the-art security features. On the right is the current MyKad. — NST picture by Izhari Ariffin


    Nota kaki : Malas betul nak ke JPN tukar ic...waahahaha

    13 Mereka yg baik:

    1. Puteri Iqa Izyan said...:

      tak sabar nak tukar IC baru. haha.

    1. Ayie Abas said...:

      tukar lagi ic....kalau x salah ayie dah kali yg ke-4 kalau masuk yg ni..ermmm..

    1. ILA HonEyBuNNy said...:

      wahahhaha..napa lak malas...

      ila lama xtukar..suka2 dapat tukar baru..ehhehe

    1. Anonymous said...:

      xsabar + malas nak g :)

    1. ezzu said...:

      asyik ic bru jer...tp blum tentu yg bru nie boleh tahan lama...

    1. Ym.Bundle said...:

      baru je aku ingat nak tukar ic.cip asik rosak.alang alang, tunggu taun depan je la tukar kalau camni..haha

    1. Unknown said...:

      nk kne tukar lg ic.. padahal baru je tukar.. huhu

    1. Admin said...:

      ic aku dah nk hnacur bagus gak la kerajaan nk tuka baru ni hahaha

    1. kyo_9 said...:

      huhu..
      x sabar nk tukar baru..
      IC kyo pon dah nk jahanam jer.. ;p

    1. ch000tz said...:

      apa ajer yang kat mesia ni takleh dipelesukan heheh

    1. apek poyo said...:

      alaaa..den baru yo tukar awal taun hr tu..ni dah ado pulak yg baru..ciss kek btl laaa
      hehehhe

    1. ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...:

      Alaa ~~ x best laa~~ saya bru buat ic , nk kna buat blik dh ~~

    1. ctk said...:

      lawa gak IC baru neh..hihi..mke ku mesti baru....wah..asek muka darjah 6 je..hahaha