• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • wanita bukan milik LELAKI

    Mar 12, 2009
    Rata-rata keganasan yang berlaku ke atas wanita adalah disebabkan oleh salah anggap hak lelaki terhadap isteri dan anak-anak. Mereka beranggapan apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, golongan ini adalah miliknya 100 peratus.

    Sedangkan suami dan bapa itu hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga dan memelihara dengan sebaik mungkin isteri dan anak. Ini kerana mereka saling lengkap-melengkapi dalam membina kehidupan sekeluarga.
    Apabila konsep itu disalah anggap, maka lelaki menggunakan kuasa dan cuba mengawal atau mendominasikan pasangan dengan cara mengongkong, mencedera serta menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara.

    Perunding Prinsipal K&A Applied Psychology Consultancy, Khairol Anuar Masuan berkata, keganasan ke atas wanita dan kanak-kanak kesemuanya berpunca daripada lelaki.

    "Mereka masih menganggap wanita adalah miliknya yang boleh diperlakukan sesuka hatinya apabila telah berkahwin. Ini sebenarnya tidak benar. Apabila berkahwin, si suami mempunyai tanggungjawab untuk menjaga si isteri dengan sebaik mungkin tanpa mencederakannya.

    Terdapat dua faktor yang menyebabkan wanita tidak melaporkan kepada pihak berkuasa walaupun tahu haknya dalam perundangan.

    Pertama, keadaan mengalah pasrah di mana isteri diugut sekiranya melaporkan kes penderaan pada dirinya sehingga mengalami tekanan dan kemurungan yang mendalam.

    Kedua, budaya dalam kebanyakan masyarakat Asia bahawa isteri mesti mentaati suami serta sikap terlalu menyayangi suami, tidak memungkinkan mereka melaporkan keganasan tersebut.

    Jadi, kepada wanita sekalian, ambil lah ini sebagai satu ingatan dan jangan sekali-kali benarkan diri kita dipermain-mainkan oleh lelaki kerana sesungguhnya...

    "WANITA BUKANNYA HAK MILIK, TAPI ANUGERAH..'

    1 Mereka yg baik:

    1. MiZ said...:

      suami dibenarkn memukul wanita..
      tp selepas beberapa syarat..
      jika isteri melakukan kesalahan..
      pertama..
      nasihatilah dia..
      jika tiada perubahan..
      bg amaran kepada die...
      jika kedua-duanya tidak berjaya..
      barulah suami dibenarkn memukul isteri..
      tp dengan syarat...
      1. suami tidak dibenarkn memukul di muka
      2. suami memukul bkn dengan niat menyakiti..tetapi dgn niat mendidik dan menyedarkn isteri tentang kesalahannya...

      llk memerlukan wanita kerana dia perlu melengkapkn tulang rusuk nya..wanita perlukan llk kerana dia perlu berada bersama tulang rusuk yg yg lain supaya dilindungi dan disayangi oleh insan bernama SUAMI...