• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Aku suka dan Aku boleh layan..

    Nov 12, 2009
    Lirik Lagu Cinta Terakhir
    Artis - Aiman

    Kau cinta pertamaku
    Kau cinta terakhirku
    Tiada apa yang bisa
    Menafikan cinta kita

    Kau ayu di mataku
    Satu antara seribu
    Tiada tara di dunia

    C/o:

    Mungkin kan terputus di tengah jalan
    Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
    Usah ragu dengan takdir

    Mungkin kita kan berbeza haluan
    Berakhirnya cerita percintaan
    Segalanya takdir dari Tuhan

    aku dlm mood jiwang + mood eaxam..
    one more papaer..
    the killer one..
    the one that i really worried..
    the one that i need to stdy hard more then other..

    soil..should be ok
    fluid..same..
    islam institution..same..
    numerical same..
    all should be ok..
    cz dah jwb dgn bersungguh2..

    T.O.S????
    aku x tau nk komen aku..
    cz lom jwb n lom stdy..
    yg aku tau..
    tuk subjek ni aku kene usaha lebih!!

    semalam..mr bell bertanye..
    dah d jwpan ke tuk jarum n kain??
    aku..jwb..xd mase tuk pikir psl tu lg..
    xpe die fhm cz tau aku sibuk exam..
    harap bersabar ye mr bell..
    i know u can wait..hehe

    Berakhir ke kita bile ini berlaku...

    Nov 11, 2009

    Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?




    RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.

    Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

    Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.


    RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa.


    Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.

    Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.

    Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.


    AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.


    Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

    Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.

    Hentaman objek

    "Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.

    "Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.

    "Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.


    GAMBARAN bencana besar di bumi yang dipaparkan dalam filem 2012 yang bakal ditayangkan di pawagam esok.


    Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.

    "Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.

    "Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.

    Perlanggaran galaksi

    Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.


    ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet.


    "Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.

    Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.


    PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi.


    Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.




    "Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.

    Fenomena alam berangkai

    Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

    "Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.

    Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

    "Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

    Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

    "Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.

    Terma Kosmofobia

    Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

    "Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

    "Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.





    dr perspektif agama ...


    Walaupun sifat sebenar hari kiamat tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan yang juga disebut sebagai as-Sa’ah.


    DIRIWAYATKAN dalam hadis, banyak bencana alam terjadi sebelum kiamat. - Gambar hiasan


    TIDAK ada sesiapa boleh menyangkal bahawa kepercayaan kepada hari kiamat turut didasari dengan unsur keagamaan. Justeru, kupasan berdasarkan perspektif agama adalah perlu untuk mengelakkan tersasar pemahaman.

    Bagi sesetengah agama yang menyeru umatnya mengimaninya, hari kiamat merujuk kepada hari berakhirnya dunia dan bermulanya alam akhirat.

    Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagi mereka yang ingkar dibalas neraka.

    Menurut Ketua Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Abu Zaki Ismail, sebelum manusia dibangkitkan seluruh alam dan isinya akan dibinasakan.

    "Sehingga pada saat itu, disebutkan dalam al-Quran, hanya Allah sahaja yang hidup, malaikat-malaikat turut dimatikan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

    Tambahnya, hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalam al-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.

    "Justeru, kalau ada orang yang meramal, ramalan itu pasti tidak benar," ujarnya sambil memberitahu hari kiamat disebut sebagai yaumul qiyamah dalam bahasa Arab.


    ABU ZAKI ISMAIL


    Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan atau juga disebut sebagai as-Sa'ah.

    "Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya," tambahnya.

    Katanya, walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.

    Antara tanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang soleh meninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu dan lain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit di sebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa.

    Abu Zaki menjelaskan, antara tanda-tanda lain kiamat semakin tiba juga adalah berlakunya banyak bencana alam.

    "Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut. Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitu kerana tidak tahan untuk terus hidup," ujarnya.

    Berhubung ramalan yang digembar-gemburkan, Abu Zaki berkata, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk difikirkan.

    "Apa yang penting ialah kita berusaha melengkapkan amal dan bersedia menghadapinya. Walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku, tetapi ia tetap akan berlaku," ujarnya mengakhiri perbualan.

    Hari kiamat turut ada dalam kepercayaan Kristian dan ia lazim disebut The Last Judgement, Final Judgement atau Day of Lord.

    Sementara itu, menurut penasihat Malaysia Hindu Sangam, Datuk A. Vaithilingam, berdasarkan perhitungan Hindu, dunia kini sedang berada dalam fasa terakhir kitaran iaitu kali yuga.




    Menurutnya, dunia telah melalui fasa pertama, kiru thayuga; fasa kedua, thiretha yuga; fasa ketiga, thuvabara yuga dan kini melalui fasa terakhir iaitu kali yuga.

    "Tetapi, kali yuga merangkumi tempoh 432,000 tahun dan tahun ini, baru 5,111 tahun kali yuga. Ada beratus ribu tahun lagi untuk ia berakhir," kata Vaithilingam.


    A. VAITHILINGAM


    Bagaimanapun, Vaithilingam berkata, menurut ajaran Hindu, dunia ini tidak akan musnah terus sebaliknya akan melalui satu kitaran baru.

    "Dalam agama Hindu, kemusnahan dunia 100 peratus atau secara sekali gus tidak mungkin berlaku. Dalam dunia ini, ada orang yang baik dan kami percaya Tuhan tidak akan membuat kemusnahan begitu.

    "Selepas tamat tempoh kali yuga, kitaran lengkap akan berakhir dan dunia akan berubah kepada bentuk yang lain yang hanya diketahui Tuhan," katanya.

    Vaithilingam menggesa orang ramai agar tidak berasa takut dengan ramalan-ramalan bila berlakunya kemusnahan dunia.

    "Manusia tidak perlu bimbang dengan ramalan-ramalan ini. Mereka harus fokus dalam menjalani kehidupan harian tanpa berasa takut," katanya.




    nota kaki : bersedia ke kita?

    Gaya tidur anda pada musim peperiksaan

    slalu wat mcm ni..
    pas off kan alarm
    smbung tdo blk..
    we still have a lot of work right? most of half have done..

    tertido semase mengupdate blog..hehe..xpenah lg..
    atau semasa main game??hehe
    bile lah aku nk jd mcm ni..stduy smpi tertido
    biasenye klw dpt hint ngantuk je..trus tdo...

    ok.dah jom tido..
    hope bleh r tdo


    nota kaki : aku mgalami masalah tidur2 tidak nyenyak..mata ttup tp telinga still mndengar...


    Menarik...

    Nov 10, 2009

    LOUISVILLE - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS), Stacey Herald, 35, yang dianggap ibu paling kecil di dunia bakal melahirkan anak ketiganya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia yang tinggi 71 sentimeter diberi amaran sekali lagi oleh doktor mengenai risiko kehamilan itu biarpun pernah bersalin anak sulung, Kateri pada 2006 dan Makaya pada tahun lalu.

    Suaminya, Will memiliki ketinggian normal 1.75 meter.

    Namun mereka meneruskan hasrat untuk menimang anak bongsu itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada Tuhan.

    "Kami tidak pernah merancang untuk mendapat lebih dua anak namun beranggapan anak-anak ialah hadiah paling bernilai di dunia," katanya.

    Pasangan itu mula bertemu pada tahun 2000 ketika bekerja di sebuah pasar raya yang sama di bandar asal mereka, Dry Ridge, 111 kilometer dari ibu negeri Kentucky, Louisville.

    Mereka berkahwin pada 2004 dan sudah membesarkan dua anak perempuan bersaiz normal.

    Wanita itu menderita penyakit Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang tumbesaran terbantut.

    Letihnye otak aku

    Nov 9, 2009
    Ni tuk ko wahai otakku..
    selama ni ko rehat je kan..

    g kelas..
    keje sikit..
    pastu blk tido kan..
    amik ko keje betimbun2 mse final ni

    byk yg ko kene wat..
    hafal rumus fluid n ingat konsep numerical
    yg melambak2 ni

    ko jgn ingat ko leh dok relax je
    dlm tempurung kepala aku yg besau ni
    bernoulli...stability...power method...bisect..secant...



    tlg eh otak..ko asing kan bende2 ni ikut subjek..
    senang aku nk gune mase dlm dewan pekse..
    aku tau ko letih otak tp nk wat cmne..
    kite dah puas rehat dah selama ni..


    tp x pe.. nnti pas final ni kite rehat2..
    rehat puas.. xyah pikir buku2 ni..
    hahah
    tp amik pengajaran r kali ni..
    next sem kite kije kuat sikit...
    xmo rehat2 mcm sem ni..

    kite rehat ke sem ni wahai otakku?

    berlambak keje ko kate x keje?? " jwb otak aku.." haha

    waaaaaaaaaaaaaaa.............penat....

    Howling at the New Moon

    Nov 8, 2009



    hai...
    sudah lama menanti kemunculan twilight?
    akhir ia muncul kembali
    pada November ini

    fist time tgk movie twilight ni
    aku bengong2 sikit..
    xtau vampire tu ape..
    hancus bahase inggeris aku..

    ade mmber cerita..
    kalau buku mmg byk dah siri die
    aku malas bab2 bace buku english
    cz tu english not 100% lg walaupun dah masuk u tahun ke 2
    still dalam proses memimprove..huhu

    best twilight ni..
    die mgisahkan perkampungan vampire..
    cinta vampire dgn manusia biase..
    vampire ni kire macam puntianak lah..
    golongan yg memerlukan darah manusia untuk hidup
    tp yg mnarik nye bile vampire tu sendiri jatuh cinta dgn manusia

    dorg terpakse tahan tuk minum darah manusia yg dorg tahan tu
    yg twilight new moon ni
    aku xtau lg cite die mcm ne..
    tp klw dah mng tiket ni nnti..
    sure aku cite kat korg nnti..


    p/s : sy kaki anti panggung wayang..tp still nk menang..( bleh jual kat org tiket tu klw mng..hehe)

    Kalau esok aku tak de lg..

    wa...ini bukan ayat aku tp ayat romate aku..
    amat sadis...
    huhu
    dorg ni klw dah lepas kol 12 tgh mlm mula lah merepek2...
    salah sorg dr dorg.. merepek..
    die dok pesan kat romate aku lg sorg..

    sok kalau die xd..
    ckap ngn family die.. die syg dorg..
    laptop n hanset die bg kat adek die
    so..

    semua take part bahagian ni..

    sorg mintak kapit...mintak baju
    aku mintak calculator..
    sorg lg mintak hati..
    wawa
    suar jeans yg bru2 xd sape nnk..
    cz x sme saiz..haahaha..


    mintak hati tuk tau sape sebenarnye kt hati die..
    tlg pungut hutang2 die.. byk org hutang die...
    semua hutang tu..kami semua nk...hehe ( romate die )
    kejam giler kan??
    tp tu semua itu gurauan semata..
    x mgkin jd org yg berhati batu bata seperti diatas


    mcm ne ek klw btul kite x d esok??



    Manis..masam..so Sweet..

    Nov 7, 2009
    Romate aku ngah giler..anis sok ade paper.. tp die dok sibuk kaco dayah n syira..katenye kat syira d tempat landing..daya plak sibuk sign in oovoo die yg malu2 nk sign in tu.. syira fedup dah ngan oovoo die cz dok sign in tp bumi kat die nye netwrok x dpon..nge..akhirnye..daya dok layan hindustan..syira dok karaoke di bilik sje..hehe..kami sudah bis exam ke?? tidakkkkkkk......masih ade 4 paper lg mnnti..ttp masing2 x d mood nk stdy mlm ni..aku?? update blog sambil bermsg ngan Mr BeLL..huhu..siapa tu??

    Minggu ni Mr BeLL dok mjlnkan misi nye tuk masuk jarum..sungguh beralas die berkata..contohnye..

    Mr BeLL :aku mmg nk masuk jarum dah ni..tp org kat sne x nk ke bg kain untuk aku cucuk..
    Aku : Ooo..nk kain?..kene tunggu lah mcm tu cz delivery lambat sikit..nk pkr2..huhu..
    harap bersabar ye Mr BeLL..nge~~

    d satu lg cerita yg akku nk kongsi ni..aku xtau lah mcm ne d org bleh masuk aku nye blog then suke2 je godeh2 aku nye blog..

    pesanan tuk yg tak bertanggungjwb..: buat lah blog sendiri...ni aku yg punye blog..aku yg punye!!! sesuka hati ko je usik..penat2 aku edit..ko plak tolong touchup ngan bukan2.. ingat ye..ni blog anak JENI yg punye!!!

    tgk r..ntah pape..sugga daddy r..

    Mencari hadiah yg menarik..

    Nov 5, 2009
    salam..
    aku bru pas bis stdy test 2 numerical..
    pastu aku terpikir pasal contest aku yg x dpt smbutan ri tu..

    aku rase bigmac tu x menarik perhatian org lah..
    so aku nk mintak pendapat korg..
    rase2 pe hadiah yg menarik..
    tp berpada2 lah hadiah yg korg mintak tu dgn ekonomi aku sbgai student skrg ni kan..

    wat pngetahuan korg..
    aku akan wat contest ni sebulan satu contest..
    so,insyaallah tiap2 bulan d lah hadiah tuk korg..

    so bg lah aku idea2 menarik n merapu korg ye..
    akan aku pertimbangkan..
    contest yg bru aku akan update sebelum balik bercuti sem ni
    sebelum 16-11.-09..

    ingat tu..
    k bla dulu..
    aku nk smbung stdy..
    opsss...
    ke stadoooo...zzzzzzzZZZZZZZZZZ

    mechanical pensel aku patah..sape nk blikan baru???? :(

    Mister Potato contest

    Nov 3, 2009
    Kelaparan?
    memerlukan sesuatu yg ringan?
    tp tidak berat untuk di makan?
    malas memasak?
    malas nk g kedai??

    hai..semua malas..
    kelaparan lah anda..nge~
    dptkan lah ini dipasaran..



    Mister Potato is having the #1 Mister Potato Contest at www.misterpotato.com.my. If you wish to win cash prizes totaling up to RM10,000, we would suggest you keep your eyes open. The #1 Mister Potato Contest consist of 8 stages of games where you take on a role of humble potato peeler in the Mister Potato’s organization. You have stumbled upon a series of secret steps to climb the corporate ladder and set to be the #1 Man in the Mister Potato Empire!

    The first step you’ll have to do is to register for an account. Once you’re done with that, you’re one step closer to win the following prizes;

    • 1st Prize – RM5,000
    • 2nd Prize – RM3,000
    • 3rd Prize – RM2,000

    aku sudah register..

    hehe..duit..sape x nk oi..


    Closing date for submission of blog post is by 11:59pm, 21 November 2009. Invites will be sent out to Nuffnang bloggers by 16 December 2009. All invites will require confirmation of attendance by attendees which will be stipulated in the invite itself. Attendees who fail to confirm their attendance in time will have their invites revoked. (Terms & Conditions Apply)


    Stranger

    Nov 2, 2009

    Allah Maha Tahu.
    Mungkin hari ini i call u stranger.
    mungkin nanti bukan.
    mungkin akan terus menjadi stranger.
    mungkin juga bukan.

    mungkin akan jumpa.
    mungkin jugak tak.
    Allah Maha Tahu.

    Tengok lah si comel ni

    Nov 1, 2009
    aku nk cite pasal pet kesayangan aku
    aku mengabaikan die kerana kebizian yg melampau2..
    dah byk kali dah aku ckp ngan die
    " esok kite mandi ye kogie"

    ...byk kali..
    ditangguh2 kan oleh aku..
    cz ade test TOS and FLUID..
    sian plak tgk die..
    tergaru2 sana sini bergolek2 sane sini..
    so akhir nye.. aku mandi kan die..
    gune sabun mandi anis romate aku..haha
    kogie ni.. suke posing comel2 dpan aku
    tp bile aku nk snap je gmbr die
    menyorok..
    ntah pape..


    saksikan aksi2 kogie dbwah ni..nge~~


    kogie nma diberi..

    kogie n terowong die

    yang ni kogie n cha"a....dating..hehe

    ps: kogie lom d pasangan hidup lg..sape nk jd pasangan die??

    Uniquely singapore

    Oct 29, 2009
    If there is one word that best captures Singapore, it is "unique". A dynamic city rich in contrast and colour, you'll find a harmonious blend of culture, cuisine, arts and architecture here...




    hari ni aku nk cite pasal singapore
    walaupon xpenah g lg
    penah kot..kecik2..tp x ingat da.. tp aku mmg nk g sne nak g animal kingdom... wa....nk g honeymoon sne.. d hati nk g honeymoon.. honey pon x d lg
    ade hati nk moon...ngeee...
    kat singapore ade

    butterfly & insect kingdom
    jurong bird park

    night safari
    singapore zoo
    underwater world



    nk g smua diatas..
    tp bila lah aku bleh g sne..ngee~~
    bukan Malaysia x d tempat2 mcm ni
    tp sje nk tgk tempat org mcm ne




    nota kaki : aku pencinta manusia..tu tipu... aku pencinta haiwan..nge~~test tos mcm ngokngek..tp rase berbaloi stdy

    Ku merindu...Ku keletihan

    Oct 28, 2009
    Keje melambak2..
    test bertimbun2..
    penat kepenatan..
    letih keletihan..ngee~~~

    semlam bru lepas 1 test
    esok d satu lg.. T.O.S
    tp xbermakne bile bis test aku
    bleh bersuka ria


    masih ade 2 assgmnet mnnti
    FLUID & T.O.S


    bile assigment dah siap plak..
    xbermakne aku bleh tido dgn nyenyaknye..

    Study week plak menjelma..
    study week means..
    tidur tidak menentu
    selak buku2 ilmiah
    risau..kerisauan..


    mood aku mggu ni x dpt d jangka..
    d hujan turun di bilik C5.4.8
    x d lah lebat sgt
    sbb rindu sgt kt umah..

    HOMESICK!!

    ingatkan x jmpe dah lg bende tu kat UMP
    ni
    tp x leh tahann bile ayah aku ckp..
    "sian anak ayah..jauh....bile cuti?"

    turun lah hujan ..ngeee...
    letih lah!!! otak.. fizikal.. emosi..

    aku perlukan inipayung tuk elakkan kebasahan...ngEE..


    sdapnye klw d org tlg2 urut bdn mcm ni..ngEE

    Kebenaran yang hodoh tp terpaksa diakui

    Oct 22, 2009
    salam..td tghari, smbil2 aku wat calculation tuk report influence line, aku layan cerita gadoh . boleh tahan lah cerita die..bg aku lah.. bg yg kurang layan cite melayu ni n berunsur patriotik plak..aku xtau lah kan..xd sape2 pon yg promot cite ni kat aku. aku downlod n tgk smbil2 wat keje.. aku suka part mse student2 tu wat pementasan teater...pelakon..pengarah cite ni..aku x kenal langsung.. biasenye klw movie dorg kan letak pelakon2 terkenal tuk tarik perhatian org ramai.. tp cite ni aku rase dorg gunekan pendekatan jln cerita tuk menarik perhatian orang ramai.. cite die pasal orang melayu gaduh dgn orang cina..dan orang india tersepi ditgh2 pergolakan tersebut.. nk cite semua kang dah jd mcm buku plak kan..so sikit2 sudah.Ni semua pasal realiti..perkara yg btul2 kat negara kita..ok layan dialog kat bwh ni

    part pementasan teater :

    guru teater : kita tidak pernah mendengar ape yang mereka cube katakan, kita anggap mereka pemberi masalah kpd pihak sekolah..tp mereka sebenarnya bkan punca masalah tersebut.. tetapi kita yg mmbuatkan mereka keliru ( kita tu guru2 n family )

    pelajar melayu lelaki 1 : ini cerita aku,cerita kami, cerita kita yg hidup dalam kegelapan

    pelajar cina lelaki 1 :kita x buta..buka lah mata.lihat lah sekarang

    pelajar melayu lelaki 1 : aku dan kamo, ape bezanya?warna kulitkah?bahasa pertuturan ke? budaya? keturunan? apa?! itukah alasan kita untuk bermusuhan?

    pelajar cina lelaki 1 : jika ye..kami rela dibutakan mata hidup dalam kegelapan..

    pelajar cina lelaki 2 : bapa sy kata, kita org cina, msti kerja kuat. negara ini melayu punye,melayu x gune,melayu x hormat sama org cine,jd sy pun x suke dgn org melayu!. melayu bodoh..melayu pemalas! penindas! aku hanya kwn dengan org cina.

    pelajar melayu 1 : aku xd kwn lain selain melayu, aku diajar bahwa cina adalah bangsa penipu!, aku percaya, jgn bg cina kuase, nnti melayu hilang negara. aku diajar bhwa cina adalah musuh! aku percaya dan aku benci mereka!

    adengan pergaduhan diantara pelajar cina dan pelajar melayu...

    pelajar india lelaki : aku tersepit..( die ni slalu kene buli ngan pelajar melayu n cine..smpi tekencing..) aku xbleh lari..aku slalu jd mangsa. kamo melayu cina..slalu pikirkan tentang korg, bagaimana dgn aku, korg ingt aku ape?bintang yg xd perasaan?yg boleh korg sepak terajang..smpi bile korg nk tolak aku?smpai aku mgamuk, membunuh?itu yg korg nk?! aku hanya mau berkawan..hidup bersama mcm saudara..hentikan pergaduhan ini!!

    pelajar perempuan : cikgu kata aku bdh..pemalas..aku g sekolah nk belajar..tp dorg sibuk pkrkan ttng ranking sekolah..nk jdkan sekolah no 1 konon!..no 1 untuk siapa?! pelajar ke sekolah?! aku xsuka hidup aku ditentukan..disekolah aku dilarang untuk berfikir..aku diajar untuk mgikut! ini bukan sekolah nmanya..ini penjara!!

    abis..........mls lah nk cite smpi abis..aku nk tulis part yg aku suke je..nge~~~..........hehe... bende ni berlaku atau tidak? klw xfhm..tgk r cite die..klw nk tgk lah kan... semua cerita kat tas tu aku taipkan dialognya je..aku dgr n aku taip..bukan akku cipta.. aku x sokong mne2 pon.. pe yang aku tau..semua kite ni sama...

    satu malaysia!!!!


    nota kaki : sape nk burger percume..special punye..kene lah jg pengomen ke 8..ke 8 ye..hnye utuk entry ini sje...hehe...smpi 30 october 2009 je valid

    Berlalu sudah

    Oct 21, 2009
    banyak perkara yang berlaku dalam mnggu ni antaranya : Presentation BI Bridge compettion Practikal kayak huhu..byk btul..hehe..ntara event yang besar2..yg kocek2 xpyh lah aku nk bg tau kan first practikal kayak, mmg hepi lah n penat gile..gile pon x penat mcm tu..aku dah tulis kan entry pasal ni..so xyah nk cite lg ptg td org sibuk2 tggu turn tuk test bridge, aku g klinik ingatkan bernsib baik cz x ramai org.. tp x bwk kad id plak..kene lah blk blog..pastu g klinik blk. smpailah turn aku tuk berjumpe ngan doktor

    doktor : yes can i help u?
    aku : my face..smbil tunjuk kat muka aku
    doktor : what happend..smbil die dok belek2 muka aku..nasib baik x hensem..klw x..hahah
    aku : saya berkayak doktor...mula2 merah2 n rse panas je muka ni..pas tu..bla2..aku mmbebel..

    doktor tu mnyampuk...

    doktor : sorry i dont understand what u say..smbil snyum
    aku : aku pon p lg gelak lah..punye lah aku terang berjela.. rupe2 nye doktor dr luar malaysia hampeh btul...susah lah aku nk trg kan die...doktor..actually..my face..mm...pe lah aku nk ckp kan..x ready langsung nk kene speaking...
    Doktor :oooOOoo..ok2....i understand...

    aku plak menyampuk...

    aku : aaaaa.....sunburn!!! itulah perkataan yg aku cri2..
    doktor tu dok senyum2...die dok mmbebel2 pasal ubat..pastu siap warning lg

    doktor : ok..dont wear any makeup...dont clean ur face with soap..just with water..
    dalam hati aku..mmg aku x pkai pon makeup2 ni...
    tu laah aku nk share pasal g jumpe doktor td... tmbahan..fifi suh aku g wat plastic surgery..jgn kate plastic..paper surgery pon aku xmmpu la ni.. kire dapat ubat percuma kat klinik ump td pon dah bersyukur dah..tp pe kene mngena panadol dgn muka aku ni...confius???

    second..bi presentation aku n aku nye ahlli kmpulan..cik yam n nadiah yg mybe tgh mmbuta skrg cz kada' tdo..hehe
    layan gambar je lah eh..
    ni lah group mmber aku yg cool...

    third....bridge competition group aku x bpe bjaya dlm cmpettion ni... deflection byk sgt x pelah kak ika..kite cube sem dpan plak.. kita wat tower plak....huhuhu nk ke kak ika amik aku sbagai ahli group die lg..huhuh k layan lah gak gmbr2 dibwh ni


    ni group kwn2 aku..sibuk memotong

    ni lah hasil air tgn aku yg xdpt mmikat hati juri.. :)

    group bridge compettion aku..smile :)

    nota kaki : bile nk start stdy ni?? nnti menyesal dah x gune dah...woOOO
    improve ur english language ain!!

    No more smile

    Oct 20, 2009

    cik yam : dah2..jgn wat ain syum...sian aku tgk

    tu lah ayat cik yam...

    trus aku dapat idea nk tulis entry ptg ni pas je blk berkayak ritu muka aku..
    garing di goreng oleh matahari..

    xpyh gune2 tepung2 tambahan..
    sampai aku nk gelak n senyum pon amat lah mnyeksekan kwn2 pon mula lah..
    mempromot produk2 mereka kat aku..

    tuk lembabkan kulit..thank Q k...


    A smile is a sign of love
    A smile is a sign of care
    A smile tells how much to others
    You are important and also dear

    A smile is a sign of cheer
    A smile is a sign of trust
    A smile shows how you can
    Be happy even in hard crust

    A smile is a sign of joy
    A smile is a sign of hope
    A smile teaches you how you can
    Remove the clouds of mope

    For nothing but only a smile
    Takes away your pain and trial
    And pick your trouble's pile
    And let you smile, smile and smile

    tgh2 menaip entry ni.. aku : smbil senyum..sakit r..
    daya: jgn senyum..


    kureng btul..tp memang sakit pun..nk2 kat lips..

    nota kaki: lega rase dah bis presentation bi..lapar plak..

    Terbakar

    Oct 19, 2009

    KAYAK PRAKTICAL


    NI LA PENYELAMAT AKU



    HASIL DARIPADA KECEMERLANGAN BERKAYAK.. :p



    CRR CHENEH KEMAMAN TERENGGANU


    dua hari berkayak
    di dalam tasik yg berhampirannya ade
    kandang kambing
    harum badan bile terpakse
    terbalikkan kayak dalam tasik tersebut

    berkayak ni best
    tp yg x best bile kene angkat kayak naik ke darat
    mcm nk tertanggal rsenye pinggangku ini
    matahari pon boleh tahan gak aritu
    smpi aku rase mcm udang panggang kt tgh2 tasik tu

    bile kat tengah2 tasik tu
    semua problem aku lupe
    keje yg mlambak2 pon aku lupe skli
    haha..

    bile balik je ump
    semua sakit..
    kaki,pinggang,tgn..muka..wa..pedih2..mcm melecur
    penat jgn ckp lah
    nk bukak mata pon xlarat
    ter..pakse ponteng kelas II pg td
    hehe...

    next week ke pekan plak
    tuk projek kayak
    bermalam disana
    nnt aku update lah pasal projek tu
    huhu...salam

    nota kaki : tgh wat slide tuk presentation bi ni..tp sempat lg mngupdate blog..huhu..lala

    Kata-kata indah untuk aku

    Oct 16, 2009
    Dunia ini indah..
    Seindah ciptaan tuhan yg lain

    Tetapi
    bergantung pada kita juga
    bagaimana kite mewarnai
    bagaimana kite jalani hidup ni

    Landasan ape yg kite pilih
    landasan yg gelap gelita
    landasan yg terang

    Tetapi
    landasan yg terang x semestinya x d duri
    ingat tu
    setiap pe yg kita usahakan pasti ada halangannya
    Kita yang mencorakkan hidup kita

    So
    ain xmo give up dlu
    masih ade mase
    chayok!!!
    masa mmg berlalu mcm tu je
    tp kita yg gunakan mase tu
    so ubah care mcm mne kita gunekan mase tu

    wa....sebelom aku mgarut
    baik aku tamatkan entry ni..
    salam

    X: Hasilan nukilan aku sendiri + sedikit idea drpd supernatural..hope die x mrh..hehe

    Think about u..

    Oct 14, 2009

    keep thinking of u
    why?
    dont know...
    who r u?
    u..
    who?
    haha
    nota kaki : hint: supernatural