• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Dah pernah tengok facebook punye syarikat?

    Jun 30, 2011

    Ibu pejabat baru Facebook di , Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan walaupun ia merupakan antara laman web paling kaya di dunia.

    Tiada permaidani dan hiasan dalaman yang mewah dalam pejabat tersebut.


    Para pengunjung mungkin terkejut kerana kedatangan mereka disambut dengan siling terbuka dan lantai konkrit tanpa karpet atau sofa mewah.

    Ruang dalaman itu yang lebih menyerupai kilang banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja manakala susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

    Walaupun bangunan berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan 9,000 pekerja, Facebook kini mempunyai sekitar 2,000 kakitangan yang bekerja di premis barunya itu.

    Laman Facebook yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) diramalkan memperoleh pendapatan sekitar AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini.

    Berdasarkan maklumat majalah Forbes, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat.

    Zuckerberg yang berusia 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion).

    nota kaki : slalu kite dengar..luar setinggan..dalam kondo.. yang ni terbalik... plak.. tp apa adahal..asalkan poket penuh dengan duit..hehe

    6 Mereka yg baik:

    1. Puteri Iqa Izyan said...:

      penjimatan. hehe.
      patot lah kayo =)

    1. hanis ihsan said...:

      nak keje sini la. bancuh kopi bape gaji??? hahahaha

    1. Unknown said...:

      waaahh org ke3 plg kaaya tuh

    1. wan_cikgumuzik said...:

      mark mmg dikenali sebagai org yg low profile... sangat2 low profile.. sampai ke pakaian dia pon pakai baju2 biasa mcm kita jerr.. good kan??

    1. Unknown said...:

      waa..sempoi n simple jew erk..:)

    1. naqiah said...:

      wowowowow...... masyuk3