• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Perkahwinan yg pelik

    Jun 29, 2010
    Kahwin Dengan Bantal

    Perkara gila ni dilakukan oleh seorang lelaki Korea, Lee Jin-gyu. Lee sangat obsess dengan satu serial anime: Mahou Shoujo Lyrical Nanoha, sampaikan bantal kesayangan dia pun menampilkan salah satu karakter gadis ajaib dalam cerita tersebut. Perkahwinan dia dengan bantal tu bukannya satu perkahwinan yang main-main okkk. Segalanya dirancang dengan serious. Siap ada tok kadi dan majlis khas. Aku rasa bantal tu kalau boleh bercakap pun tak ingin nak kahwin dengan psycho macam kau, Lee. Tapi, dah nasib kau jadi bantal, terpaksa lah pasrah je. Gila tak? Tunggu sampai kau orang baca perkahwinan pelik yang seterusnya :D

    Kahwin Dengan Eiffel Tower

    Perkahwinan dengan Eiffel Tower ni dilakukan oleh seorang perempuan bernama Erika yang tinggal di San Francisco. Erika adalah seorang bekas tentera. Menurut Erika, dia dah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta dengan benda-benda. First sekali dulu dia pernah jatuh cinta dengan panah. Lepas tu cinta dia beralih ke Tembok Berlin. Lagi dahsyat, dia mengaku pernah melakukan hubungan fizikal dengan sekeping pagar yang dia simpan kat bilik dia. Last sekali minah ni pilih untuk berkahwin dengan Eiffel Tower dan nama dia pun dia tukar jadi Erika La Tour Eiffel. Kenapa agaknya dia lebih sanggup kahwin dengan benda? Ini lah alasan dia:

    "Saya hanya tidak faham bagaimana banyak pasangan boleh memiliki anak dari hasil hubungan mereka, tapi pada akhirnya dicampakkan".

    Oklah, alasan macam boleh pakai, tapi tak payah lah kut sampai nak kahwin dengan menara! Psycho ok? Tapi belum cukup psycho sebab ada satu lagi perkahwinan pelik yang kau orang kena baca.

    Kahwin Dengan Diri Sendiri

    Haha. Yang ni Memang habis psycho dah aku rasa. Perkahwinan pelik ni dilakukan oleh seorang Lelaki di Cina yang bernama Liu Ye. Macam mana nak kahwin dengan diri sendiri? Liu melakukan perkara ni dengan mem-print-kan gambar dia yang dah siap berdandan macam pengantin perempuan atas papan styrofoam. Liu ambil keputusan untuk kahwin dengan diri dia sendiri untuk membantah tuduhan orang ramai yang kata di ni gay. Ha, baguslah. Daripada orang kata kau gay, terus diorang kata kau gila




    4 Mereka yg baik:

    1. PinQib said...:

      hehe.. xpa.. diorang xdaq agama..
      Jum singgah belog Pink

      Update!

    1. norMAzuan MUstafa said...:

      hahahah..agak2 klu kwin gn kereta ok x???

    1. IMAN'S UMI said...:

      Mmg ketiga2 ni psycho nye la...tah pape kegilaan diorg

    1. lemangcute@chah said...:

      hahahah.. lawakkk gila... ulasan yang kelakar.. hihihih.. bior tak kawen langsung dari psycho cam nie..huhuhuhu.. moga kekal ke anak cucu bantal, anak cucu menara, nagn anak cucu gambar sendirik...