• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Chelsea kukuhkan kedudukan

    Sep 20, 2010


    DROGBA (kanan) dan Kalou menjaringkan gol untuk membantu kemenangan Chelsea awal pagi tadi.

    LONDON, England – Chelsea mengekalkan rekod kemenangan besar pada kempen Liga Perdana England musim ini.

    Pada aksi awal pagi tadi, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu membelasah Blackpool 4-0 untuk memenangi kesemua lima perlawanan pertama dengan 21 jaringan dan hanya bolos satu gol.

    Kesemua gol skuad The Blues diperoleh pada babak pertama menerusi Florent Malouda yang meledakkan dua gol pada minit kedua dan 41.

    Salomon Kalou serta Didier Drogba turut meletakkan nama mereka selaku penjaring apabila menambah gol Chelsea masing-masing pada minit ke 12 dan 30.

    Kemenangan itu turut membantu Chelsea mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan 15 mata, empat mata di depan Arsenal dan Manchester United.

    Pada pertemuan lain semalam, Manchester City turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic hasil jaringan penyerang Argentina, Carlos Tevez dan Yaya Toure.

    Manakala jaringan hatrik Dimitar Berbatov membantu United menang 3-2 ke atas Liverpool.

    Dua gol menerusi tandukan pada minit ke-42 dan 84 dan satu gol menerusi sepakan gunting yang cantik pada minit ke-59 sudah cukup menyekat kebangkitan Liverpool yang memperoleh gol menerusi Steven Gerrard pada minit ke-64 dan 70. – AFP


    nota kaki : the blues~~~

    Kehilangan Sosilawati terjawab hari ini?

    Sep 12, 2010

    KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

    Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

    Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

    Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

    Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

    ‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

    Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

    “Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

    “Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

    Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

    Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

    Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

    Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

    Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

    Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

    Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.



    nota kaki : lom berkesempatan tuk update pasal raya...nnt lah..hehe..


    Nak balik naik yang mana ni?

    Sep 9, 2010


    hahaha...
    pilih jgn x pilih..
    pilih yg mne selamat..
    takutt nnt sampai kg tggl tulang je..hehe

    selamat kembali ke kg masing2...
    drive carefully...
    biar ambat..
    asal selamat...

    nota kaki : en hati sy pon akan pulang ke kg awal pg nnt... =)

    Kuih tunjuk by hand vs kuih made by hand

    Sep 6, 2010
    Salam..
    nampak kuih kat tas tu?
    kuih tat nenas myfavourite...
    wlwpon pernah mncube tat strawberi..
    tat nenas masih lg mnjadi pilihan hati..

    byk buat kuih raya kali ni?
    umah aku ade lah 3-5 jenis buat biskut raya
    antaranya..
    tat nenas..
    temperek..
    mini popia..
    kuih koya...
    sarang semut..

    kuih tunjuk biase nye..
    kacang2..
    gule2..
    hanya tuk penuhkan meja ..hehe

    so korang rase..
    mana berbaloi?
    buat sendiri or beli sendiri? hehe

    tahun ni ingat nk beli kek lah..
    lama x mkn kek berkrim..
    =)
    tp xtau lah bile nk g tempah...





    mmg murah..kualitinye mcm mane plak????????

    Kenapa budak sekolah cuti raya sekejap aje?

    Sep 4, 2010
    Salam..
    Rasa raya mcm kurang bermakne je..
    cz adek2 aku cuti sampai raya ke 3 je..
    raya ke 4 dah naik sekolah blk dah...
    ( aku dgr lah..tp x cnfirm kan lg dgn dorg...hehe)

    pelik..bukan slalu sekolah suka wat ganti cuti ke?
    tahun ni xbuat plk?
    so xramai rasenye akan beraya lama kat kg..
    huhuhuhu...

    xpe lah yg penting aku nak raya ngn family and kawan2 sepuas hati..
    cz aku cuti 2 minggu..
    1minggu sebelum raya and selepas raya =)

    korang bape hari cuti ?



    Aku nak balik kampung lah wei

    Sep 3, 2010
    Salam...
    ni kad raya tuk korg...
    aku nak balik kg dah ptg ni..
    doakan perjalanan aku berjalan lancar ye..
    selamat sampai jumpe ayahanda dan bonda tercinta..

    Aku awal sgt ke pos kad raya ni kat korg?
    aku takut x terpost je nnt..
    cz aku nye broadband dah kene potong..
    cz x byr bil...haha..

    aku ingat nk g bayar..
    tp xtau lah..
    macam malas je..
    sbb tu post awal2..
    aku cuti 2 minggu bermula esok..
    jgn jeles hahahah

    k aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..
    Maaf zahir dan batin.
    sepanjang perkenalan kite di alam maya dan nyata ...
    pada yang balik kg naik kete tu..
    berhati2 dijalan raya...
    ingatlah org yg tersayang smasa mmndu...

    pada yg naik bus macam aku ni..
    kite tido je lah hahhaa...
    xleh lah tdo sgt..
    kdg2 kene gak teman driver tu memandu..
    nak2 kalau bus malam..
    k..selamat sampai ke kampung halaman semua...
    wasalam..

    Nuffnang x leh bukak?

    Salam..
    korang...
    Nuffnang mmg xbleh nak bukak ke ape?

    Kucing yang kiut miut

    Sep 2, 2010





    kucing ke ni?
    hahaha..
    sanggup nak naik kete ni?
    mau terbersin berjuta-juta kaki cz bulu die


    ni plak kucing zaman moden..
    jgn terperanjat kalau kucing pon ade facebook..
    skrg macam2 boleh jadi..hehe


    ni plak..
    macam x leh bergerak je kete kucing pink ni...
    haha

    wahaa..ni yg cute sesangat ni...
    rasa nak picit2 je idung dorang ni ha..


    nota kaki : minat kucing? aku x d lah minat sgt klw anak2 kucing ni...cz susah nk jaga...huhu

    Dugaan puasa dan raya

    Aug 31, 2010
    Salam...
    selamat hari kebangsaan Malaysia!!
    aku bangga jadi anak Malaysia..
    tp Negara merdeka 53 tahun dah..
    rakyatnya macam mana pula?


    aku xnk cerita pasal merdeka
    cz aku x merdeka lg..
    sebabnye..
    aku test esok..
    esok pukul 4.45 baru aku akan merdeka..
    dan mood raya aku akan meresap masuk dalam badan ni..
    hahaha..mcm cite hantu lah plak..

    3 hari lagi nak balik..
    sambil stdy2 reinforcement concrete..
    dengar lagu2 raya..
    sesungguhnya belum lagi merasai raya.
    pose kasi habis lah dlu wei~~~
    paper ni kire killer gak r..
    paper yg aku rase x killer pon aku xleh nk wat..
    ni plak paper yg killer...


    wish me luck k esok..
    wasalam

    nota kaki : berusaha ..terus berusaha selagi mampu dan sehingga ke saat yg terakhir

    BlogWalking Award! TQ

    Aug 30, 2010

    Salam..
    hOhooooHo...
    dapat award..hehe..
    award blogwalking..
    thankz pada pemilik blog ini http://bakpogitu.blogspot.com/

    Aku xd lah rajin sgt blogwalking..
    tp boleh lah...
    slalunye aku akan blogwalking selepas sahur..
    dan tengah hari..
    cz masa2 nni je aku rase mcm mood aku ok tuk jalan2 kat blog org lain

    Dah dapat award kene jawab 6 soalan dibawah ni


    1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
    Kamera DSLR ( sony ) ...Balik raya.. Test hari rabu ni ... dan study

    2. Apakah nama samaran anda?
    Nia_oii...oii..ain..in..nurul..

    3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
    Ayah, Emak, adik2
    4. Panggilan untuk si dia?
    Wahaha...kene ke ni jawab..k lah..aku pggil die..A...B...C..D...hehe..
    pilih lah ye =P

    5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
    xtau...xpernah nk harapkan hadiah2 besar2 pon....tp nak die jd lebih romatik..dan lebihkan perhatian die kat aku berbanding DOTA...haha..persaing hebat aku tu..jgn xtau

    6. Blog mana yang anda selalu lawat?
    aku xd nk pilih kasih sgt...
    sape2 yg rajin update ..



    Dok klik gengblogger..tv3.. kuar Malware..Apa tu?

    Aug 29, 2010

    Salam tengah hari semua..
    apa nak jadi ni..
    baru bgn dr ketiduran...
    alamaklumlah lewat ketiduran semalam..
    inilah akibatnye..kala kat umah ni..
    mau dah kene rembat ni..

    korang perasan x..
    3-5 hari ni..klw bukak website gengblogger..
    bukak tv3...
    confirm yg ni kuar
    Apa tu malware?

    Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

    Kesan daripada malware ?

    mengganggu sistem komputer
    digunakan untuk mencuri data,
    identiti,
    wang serta maklumat pengguna,
    semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda


    nota kaki : aku suke sangat tgk cite kat tv3..pasni nk tgk kt ne klw tv3 pon kene serang malware

    Apa yang korang cari kat blog orang lain?

    Aug 28, 2010
    Salam...
    pe kabar semua?
    aku baru je balik jenjalan kat blog orang..
    skodeng2 kat blog orang..
    aishhh..ape skodeng2 ni..
    xelook tuk kesihatan..

    ape yang korang cari sebenarnya kat blog orang lain?
    pada aku...
    untuk tmbah pengetahuan..
    entry yang menarik untuk dikomen dan dibaca..
    shoutbox untuk aku tinggalkan kesan tapak kaki aku..
    pastu mestilah traffic blog...xgitu?

    Biasenye aku akan komen kat entry yg aku rase mnarik..
    klw x mnarik..
    aku tinggalkan tapak kaki or cap jari je...
    kalau blog yang xd chatbox...
    mcm xbest je...xtau kat mne nk tinggalkan cap jari..
    nak komen pon kdg2 entrynye x bpe nk membuat aku meninggalkan komen..

    tu aku nye pendapat nye..
    masing2 ade pendapat masing2 kan..

    Kismis dan coklat Cloud 9

    Aug 27, 2010
    Salam..
    semakin hari
    semakin malas sahur
    tp digagahkan jugak diri untuk bangun..
    alhamdulillah...
    harini 17 hari berpose..
    masih full...
    xbaik riak wahai ain...haha

    kejap je mase berlalu..
    bersahur ape aku hari ni?
    cloud 9 saje..
    3 bungkus cloud 9 dan beberapa biji kismis..
    jadilah daripada xd lansung

    dan



    nota kaki : beberapa hari je nak balik ke kg halaman..bersabar lah wahai hati~

    Hari pekak kami satu bilik

    Aug 26, 2010
    Salam..
    agak bz sikit2-3 hari ni..
    cz test melambak2..
    pastu byk plak keje tertunggak yg nk kene wat

    malam ni pon aku x d mood sebenarnya
    tp aku pakse gak badan aku ni bekerja..
    sambil wat report..
    sambil dengar lagu raya =)

    ade lah kejadian yg agak kelakar aku nk cite
    tengah2 wat keje..
    ini yang berlaku..

    yg aku dengar

    Bik!!! nk pinjam baldi...
    tp yang sebenarnya..
    bik!! pinjam shampooo!!!
    haha

    ade lagi satu..
    rumate aku lah..
    sape kat depan tu..
    aku ckp lah hanis..
    pastu tetiba ade org bukak pintu..
    nak beli roti hotdog?
    hahhaa

    pastu rumate aku...
    xpasal2 nama die bertukar jadi fatimah...
    hhaahahha..
    klasik sungguh...


    klik pada gambar untuk besarkan

    Jam RM2.4j bakal dijual

    Aug 24, 2010


    JAM A Lange & Sohne boleh didapati di salah sebuah kedai di Pavilion Kuala Lumpur.


    KUALA LUMPUR - Jarang sekali kita mendengar seutas jam tangan dijual di negara ini pada harga RM2.4 juta.

    Sekali imbas, anda mungkin tertanya-tanya mengapa jam tersebut begitu mahal melebihi harga kereta Ferarri.

    Namun bagi sebuah syarikat pengeluar jam A Lange & Sohne yang mengeluarkan jenama A Lange & Sohne, perkara tersebut bukanlah mustahil.

    Malah bagi peminat-peminat jam berjenama mahal di Malaysia, inilah masanya untuk mereka memiliki jam tersebut.

    Syarikat berpangkalan di Jerman itu yang membawa falsafah produk jamnya adalah tepat waktu kini merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran jam yang menguntungkan.

    Nak tau apa yang ada dinuffnang??

    Aug 23, 2010

    Here’s where it pays to be a Angel of the DiGi Evangelist program, because there’s more stuff exclusively for DiGi Angels with Nuffnang! DiGi is giving away 6 limited edition phone socks so you can jazz up that Blackberry phone you just won, and make it truly your own :)

    We all love our gadgets, and most of you probably understand if we talk about the strange bond that we have with our mobile phones in particular. Some of us can’t sleep without their phones on the side of the bed and some of us can’t live without their phones..

    Here’s a chance for you to get yourself a new phone on your side. DiGi is giving away RM 1,000,000 worth of Blackberry Bold 9700 smartphones with their Hari Hari Blackberry Maripromotion, and that’s not the only thing they’re giving away.


    Mouse yang bentuk nye aku rase unik

    Aug 22, 2010





    nota kaki : aku paling suka mouse bentuk kete...tp blom ade kemampuan lagi nk memiliki nye.. cz xjumpe mase pc fair hari tu...aku suka gak yg wireless~~