• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Aku kagum dengan dia

    Apr 14, 2010
    "JIKA boleh saya mahu ibu diberi penghargaan mengenakan jubah graduan ketika mengiringi saya mengambil skrol di pentas konvokesyen tidak lama lagi kerana dia terlalu banyak berkorban untuk saya ketika di universiti," kata remaja kurang upaya, Siti Hawa Apandi, 21, daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan, Pahang.




    Luahan Siti Hawa itu ada kebenarannya kerana sepanjang tiga tahun mengikuti pengajian di Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian UMP, ibunya, Zaidah Tamjis, 47, tidak pernah 'hilang' daripada menghadiri kuliah dan 'menduduki' peperiksaan bersamanya.


    Umpama dua badan satu jiwa, Siti Hawa dan ibunya tidak pernah berpisah sejak hari pertama menjejakkan kaki di universiti berkenaan tiga tahun lalu. Ini disebabkan setiap pergerakan Siti Hawa memerlukan Zaidah di sisinya untuk menolak kerusi roda miliknya.


    "Sudah sewajarnya ibu diberi penghargaan itu kerana ibu banyak membantu saya mengambil nota kuliah dan apa yang saya tidak faham, ibu mengambil alih bertanya kepada pensyarah.


    "Saya kagum dengan kesungguhan dan ketabahan ibu bagi memastikan saya tidak ketinggalan dalam pelajaran malah ibu juga amat dikenali di kalangan pensyarah serta kakitangan universiti," katanya ketika ditemui di UMP, baru-baru ini.

    Jangan disangka mereka-mereka yg kurang upaya ini kurang kebijaksanaan nya.. kadang2 mereka lebih bijak dri kita dan lebih mnghargai peluang yg mereka ada..sebab mereka tau..susah bagi mereka untuk mendapatkan peluang sebegini rupa. So kita yg sempurna fizikal kita , jangan persia kan apa yg kita ade...jgn anggap pe yg kita ade ni aset penting untuk mendapatkan sesuatu " kebijaksanaan...." klik disini untuk lebih info klik sini

    nota kaki: aade jugak lah 4-5 kali nampk beliau disorong emaknye untuk kekuliah..proud with u and ur mom


    4 Mereka yg baik:

    1. NomborSebelas said...:

      yup,makcik ini jiran di taman aku.Dia sanggup tinggal di UMP bersama anaknya.

      sungguh besar pengorbanan dia.

    1. InaYusoff said...:

      kadang2 mereka yang seperti ini lebih menghargai kehidupan. :)

    1. BeritaVarsiti said...:

      pinjam artikel untuk dimasukkan ke blog saya..

    1. Jard The Great said...:

      kekurangan diri boleh menyebabkan diri lebih pandai bersyukur