• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • AF dulu dan AF kini

    May 27, 2010

    APAKAH nilai AF sekarang? Impaknya tidak lagi sehebat zaman kegemilangannya. Jika dulu program realiti nyanyian terbitan Astro,Akademi Fantasia (AF) berjaya memberi kesan kepada hampir setiap penontonnya, kini pada musim kelapan, efeknya semakin pudar.

    Ada yang menonton sekadar mengikut perjalanan program itu selepas menontonnya selama tujuh musim. Tidak kurang yang menjadi audiens kerana mengharapkan keajaiban. Namun, polar penontonnya bukan lagi seperti dahulu.

    Mereka tidak lagi menonton AF sebagai satu aktiviti kemestian pada hujung minggu. Mereka sudah tidak kisah apa yang berlaku. Itu satu situasi yang amat berbeza jika dibandingkan dengan AF musim-musim sebelumnya.

    Ketika itu, AF merupakan nadi program hiburan utama negara. Setiap inci mengenai AF menjadi perbualan hangat. Bahang itu tidak dirasai lagi walaupun pada konsert terakhirnya yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

    Mengakui persembahan terakhir kelima-lima finalis Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), Ahmad Shahirb Zawawi (Shahir) dan Siti Adira Suhaimi (Adira) lebih menghiburkan.

    CUBA NASIB. Saban tahun ramai anak muda menghadiri uji bakat program ini.


    Akan tetapi mood serta keterujaan di stadium tidak begitu dirasai. Entah di mana silapnya, program yang mengangkat Shahir sebagai juara dengan menguasai jumlah undian 43.19 peratus itu pada mata pandangan ramai - gagal.

    Mencatatkan jumlah undian 3.75 juta untuk keseluruhan musim, angka itu mencatatkan kemerosotan berbanding tahun lalu yang berjaya meraih 3.9 juta undian. Dari segi rating secara purata bagi keseluruhan musim, AF8juga mencatatkan penurunan yang ketara berbanding tahun lalu.

    Faktor memecahkan konsert mingguan serta Debaran AF yang mengumumkan keputusan penyingkiran kepada dua hari berlainan dikatakan menjadi salah satu punca yang menyumbangkan kepada kemerosotan AF8.

    "Perubahan itu sebenarnya mendapat pandangan berbeza. Ada yang suka dan ada yang tidak. Ini kerana mereka sudah biasa menyaksikan keputusan pada malam yang sama. Jadi titik perubahan ini akan dinilai semula pada musim akan datang," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi.

    Pandangan itu disokong oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah. Katanya: "Setiap perubahan ada risikonya tersendiri. Kita tahu jenama AF perlukan pembaharuan. Selepas ini, produksi masih akan terus mengambil risiko.

    TSUMAWI. Begitu gelaran yang diberikan kepada para penyokong bekas juara AF3, Mawi.


    "Kita tidak buat salah dengan pembaharuan. Sebagai satu jenama yang sudah kurang momentumnya, perubahan perlu dilakukan. Kelainan itu pula datang dengan risiko. Kami mahu pecah tradisi dengan menarik penonton pada hari Ahad."

    AF bakal diteruskan

    Sungguhpun mencatatkan penurunan dari segi jumlah penonton dan khidmat pesanan ringkas (SMS), Zainir tidak menganggap AF8 satu kegagalan. Entiti AF itu sendiri sudah cukup kukuh terutama dalam konteks program hiburan tempatan.

    "Mungkin disebabkan pecahan konsert dan debaran, ia telah memecahkan jumlah penonton. Tapi jika ditambah dengan semua episod yang berkaitan dengan AF termasuk diari, konsert dan debaran, jumlahnya amat memberangsangkan.

    "Kalau diambil kira jumlah penonton pada hari konsert sahaja, ia memang kurang kerana banyak kali ia diganggu oleh program besar lain seperti pertandingan bola. Mungkin ia memberi kesan negatif kepada konsert.

    "Tetapi secara keseluruhan, AF8 tetap sukses. Memang musim kelapan ini merupakan cabaran bagi kami tetapi AF masih kekal nombor satu. Walaupun dikritik dan mempunyai kelemahan, ia masih berjaya membantu Astro dari segi jualan," katanya.

    ZAMAN KEGEMILANGAN. Lebih 10,000 penonton membanjiri pekarangan Pentadbiran Putrajaya untuk menonton AF musim ketiga.


    Bersetuju bahawa AF8 atau AF7 tidak berjaya mengulangi kejayaan seperti AF2 atau AF3, Zainir juga memberitahu bahawa sebagai sebuah program yang sudah berlangsung selama lapan musim, mungkin ramai yang sudah penat. Jadi persoalan sama ada musim kesembilan akan diterbitkan timbul.

    "Itu semua belum ditentukan lagi. Tapi jika dilihat segi strategi bisnes, ia masih berjaya. Maka, ia tidak wajar untuk dihentikan. Apa yang perlu dilakukan adalah memperbaiki. Mungkin kami akan mengubah jadual siaran atau membuat perubahan lain," jelas Zainir lagi.

    Selain aspek perubahan yang dilakukan, ada pihak juga menyatakan penukaran hos AF sedikit sebanyak menyumbang kepada populariti program tersebut.

    "Sarimah Ibrahim pernah mengacarakan Diari AF selama dua musim. Jadi kami memilih dia kerana ramai yang menanti-nantikan dia sebagai hos utama.

    "Jimmy Shanley pula berjaya sebagai hos program Trek Selebritiselama enam musim. Mungkin dia masih baru dengan AF tetapi ini merupakan cabaran baru buat dia. Kalau tidak sampai bila dia hendak beranjak ke depan?," terang Azlin.

    Bagi pengetua AF8, Norman Abdul Halim, dia menerima segala pujian dan kritikan. Baginya, AF akan menjadi platform kepada pelajarnya untuk melancarkan karier.

    Menariknya, bagi AF kali ini, kesemua finalis mempunyai genre kesukaan masing-masing. Perbezaan itu membuatkan keseluruhanAF lebih berwarna-warni.

    Cuma yang menjadi persoalan adalah mengapa kesemua lagu-lagu akhir yang dicipta untuk peserta merupakan hasil kerja Edry KRU.

    ADAKAH pada tahun akan datang masih ramai yang ingin menyertai AF?


    Jawab Norman: "Pilihan lagu sebenarnya bukan terletak atas tangan saya. Kami ada satu pasukan khas yang mendengar lebih 30 buah lagu baru. Mereka memainkan lagu tanpa mengetahui siapa penulis dan penggubahnya.

    "Kemudian lagu-lagu dipilih mengikut kesesuaian pembawakan serta genre masing-masing. Bila saya menjadi pengetua, ia tidak bermaksud saya mahu membelot semua.

    "Dari awal lagi saya menyatakan saya memang mahukan bantuan daripada Edry dan Yusry. Mereka membantu saya dari segi penilaian dan kualiti. Bukan senang untuk menghasilkan lagu dan klip video dalam masa singkat."

    Tidak kira apa pandangan umum mengenai edisi kelapan AF, barometer Astro menyatakan program itu sukses. Maka, perjuanganAF setakat ini dilihat tidak akan terhenti sebegitu sahaja.

    Landasan hiburan yang pernah mencipta fenomena itu disimpulkan berakhir dengan melahirkan seorang lagi bintang baru dalam industri. Cuma adakah Shahir akan mengikuti jejak langkah juara lain yang berjaya atau sebaliknya. Kita tunggu dan lihat.


    nota kaki : sius..aku x pernah pon tgk af ni..huhu...perlu ke tgk?

    4 Mereka yg baik:

    1. ardinihumaira said...:

      kadang2 terfikir... asyik ado penyanyi baru tak putus2... tapi femesnya sekejap je.. pastu lesap.. macam tak berkualiti pula bila ramai sangat jadi penyanyi, kan.. huhu

      LESBIAN KE DNI NI

    1. nuRuLain_zAiNi said...:

      huhu..betul2...seathun dua je nmpak muka..pastu tenggelam

    1. affizza said...:

      waaa, xpnh tau yg final AF3 ditonton sebegitu ramai org. gila ahhh! mmg TSUMAWI betul...

    1. Azura Ani Salaim said...:

      lama tak tgk AF, bosan, hehee