Adakah dendam Malaysia bakal terbalas?

DUA tahun lalu, langkah Malaysia pada kempen Piala Thomas tersekat pada peringkat separuh akhir.
Semuanya gara-gara kekalahan 2-3 kepada China yang seterusnya ditabalkan selaku juara Piala Thomas di Jakarta, Indonesia.
Hari ini, barisan pemain Malaysia berpeluang membalas dendam ke atas China apabila kedua-dua pasukan berentap pada saingan separuh akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Biarpun peluang Malaysia untuk mencipta kemenangan tampak sukar berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan, namun ia tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya para pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi di hadapan ribuan penyokong sendiri.
Sedar dengan kekuatan yang dimiliki pihak lawan, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek tetap optimis anak-anak buahnya mampu untuk mencipta kejutan sambil mengharapkan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.
kecewa...
nasiib baik tak beli tiket final lagi...huhuhu