• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Adakah dendam Malaysia bakal terbalas?

    May 14, 2010
    BARISAN pemain Piala Thomas negara melambaikan tangan ke arah penonton selepas diumum menang tanpa bertanding apabila pasukan Nigeria gagal muncul pada perlawanan pembukaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad lalu.

    Lawan Malaysia hari ini..bukan calang2 lawan..ade yg kate mustahil..tapi tiada yg mustahil..sama2 main dgn gune badminton..sama2 pukul shuttle..xd yg berbeza..Chaiyok2!!! Malaysia boleh~~~~~!!!!!!!!!!


    DUA tahun lalu, langkah Malaysia pada kempen Piala Thomas tersekat pada peringkat separuh akhir.

    Semuanya gara-gara kekalahan 2-3 kepada China yang seterusnya ditabalkan selaku juara Piala Thomas di Jakarta, Indonesia.

    Hari ini, barisan pemain Malaysia berpeluang membalas dendam ke atas China apabila kedua-dua pasukan berentap pada saingan separuh akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil.

    Biarpun peluang Malaysia untuk mencipta kemenangan tampak sukar berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan, namun ia tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya para pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi di hadapan ribuan penyokong sendiri.

    Sedar dengan kekuatan yang dimiliki pihak lawan, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek tetap optimis anak-anak buahnya mampu untuk mencipta kejutan sambil mengharapkan sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.


    1 Mereka yg baik:

    1. Saiyed said...:

      kecewa...
      nasiib baik tak beli tiket final lagi...huhuhu