• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Satu kampung aku

    Feb 27, 2010
    aku pernah jumpa arwah..yg tersenyum dlm gmbr tu
    kanan..danial...n kakak die tu..
    danial tu agak nakal..nakal budak2..biase lh..
    Al-fatihah
    tragis kn..

    SEREMBAN, Feb 8 — Polis mengenalpasti enam mangsa sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Km252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala ke Selatan dekat sini pagi tadi.

    Mereka ialah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd Suhaimi Ghazali, 41; isterinya Nor Fadilah Senin, 32; serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, Mohd Hanif Iman, 6, dan Adi Putra, 2.

    Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abdul Halil Hamzah berkata mayat kesemua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini.

    Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.30 pagi itu, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya.

    Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

    Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler.

    Sementara itu, bapa saudara Allahyarham Suhaimi, Nowawi Johari, 60, yang ditemui di bilik mayat HTJS berkata beliau mendapat berita itu apabila salah seorang kakitangan Fadhilat Herbs menghubunginya pada kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

    “Mereka sekeluarga bertolak dari Melaka untuk bercuti dan berjumpa stokis di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada Sabtu lepas, dan kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka.

    “Kemalangan itu sungguh menyayat hati kerana yang meninggal dunia melibatkan Suhaimi, isteri dan kesemua empat orang anak mereka. Kali terakhir saya jumpa arwah Suhaimi Jumaat lepas,” kata beliau.

    Allahyarham Suhaimi adalah pengasas dan pengarah urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd manakala isterinya adalah pengarah kewangan syarikat itu.

    Kilang syarikat itu yang mempunyai 35 orang petugas, terletak di Teluk Mas, Melaka dan telah beroperasi sejak dua tahun lepas.

    Pengurus pentadbiran syarikat itu Siti Aishah Senin, 25, berkata Allahyarham Suhaimi dan isterinya sangat rapat dengan pekerja mereka. — Bernama


    Walaupon terlambat..takziah aku ucapkn.. sekeluarga ni satu kg dengan aku..aku pon x tau cite ni.. msa blk cuti raya cina ritu bru tau. tu pon ayh aku yyg ckp..tu lh..paper tak nak baca..kantoi~~ni pon aku search kat google~

    nota kaki: family aku pon d pengalaman mcm ni..4 sekeluarga terkorban,,oleh itu..berhati-hati di jln raya


    1 Mereka yg baik: