• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Anda salah berfesyen?

    Feb 25, 2010

    Hakikatnya ada lagi segelintir selebriti masih mencari identiti demi menjaja status di gelanggang seni. Lalu tidak hairanlah wujud istilah jenayah fesyen kerana kesedaran bergaya pada acara-acara rasmi hiburan dan berada di tempat awam masih belum menjangkau paras teratas.

    Bukan hanya berlaku di Malaysia, sindrom artis buta fesyen juga menghantui industri seni antarabangsa. Ramai selebriti sama ada dari kelas pertama atau sebaliknya, tidak terkecuali menerima tempias jelik berfesyen.

    Permaidani merah selalunya menjadi medan artis dikritik dengan fesyen mengarut gara-gara menyarungkan busana eksperimen pereka-pereka fesyen sama ada baru hendak bertatih atau berpengalaman.

    1 Mereka yg baik:

    1. Jard The Great said...:

      aku tak pandai berfesyen.. sekian.. sila ajar aku. ehehe