• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Artis direman seminggu lagi

    Mar 20, 2010

    KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman terhadap pelakon yang juga anak aktres Azean Irdawaty, Benjy (gambar) berhubung penemuan 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu bernilai lebih RM650,000, Khamis lalu, dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Mac ini.

    Pendaftar Mahkamah, Bakri Ali Omar mengeluarkan perintah itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, 31, dan rakan wanitanya yang berusia 23 tahun di Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam. Difahamkan, pelakon itu tiba di mahkamah dari Pusat Tahanan Reman di Bukit Jalil kira-kira jam 10 pagi dan meninggalkan kompleks mahkamah sejam selepas itu. Pihak media yang membuat liputan kes itu dimaklumkan Azean Irdawaty akan hadir ke mahkamah untuk berjumpa anaknya, namun tidak muncul. Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, ketika dihubungi Harian Metro, berkata lanjutan tempoh tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kes berkenaan.

    1 Mereka yg baik:

    1. Rara said...:

      Apalah nak jadi dia ni. Dah ada anak bini, taktahu malu ke? T_____T