• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Kau buat kami bangga!!

    Mar 16, 2010
    DATUK Lee Chong Wei menganggap kejayaan pertama di Seluruh England pada edisi ke-100 sebagai pencapaian terbesar dalam hidupnya dan detik paling manis dicapainya sepanjang bergelar pemain profesional.

    Menurutnya, kejayaan yang hadir selepas kali terakhir pemain Malaysia muncul juara menerusi Muhd Hafiz Hashim pada 2003 selain menamatkan penguasaan pemain China bukan hanya bererti buat dirinya, malah dikongsi bersama rakyat Malaysia.


    “Tahun ini sangat istimewa kerana saya yakin akan dikenang sebagai juara perseorangan lelaki edisi ke-100 tahun, semua orang akan memperkatakannya,” kata Chong Wei.


    Begitupun dia mengakui gementar ketika mula melangkah masuk ke gelanggang untuk memburu mahkota kejuaraan yang belum dinikmatinya itu.


    “Saya akui tidak beraksi baik dalam perlawanan ini, sangat gementar. Tapi menyedari ini adalah peluang terbaik saya untuk muncul juara, saya terus mencuba kerana enggan peluang terhidang terlepas begitu saja. Jadi saya rasa aksi kurang baik yang saya pamerkan itu sudah dilupakan dengan kemenangan ini,” kata Chong Wei yang akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, petang ini.


    Kegembiraan Chong Wei itu turut dikongsi jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek biarpun beliau tidak pernah menjuarai Seluruh England sewaktu bergelar pemain.


    nota kaki : Daatuk Chong Wei prestasi die agak constant..x mcm yg lain2..syabas!!

    2 Mereka yg baik:

    1. HonEyBuNNy said...:

      yeahhh..malaysia boooleh..hehe

    1. KiD Learns tO FLy™ said...:

      memang la aku bangga gak ade orang malaysia d mata dunia..tp..jeng3..kenpa bukan anak jati melayu?huhahuha