• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Suspek kes bunuh Syafiah akan didakwa

    Mar 4, 2010

    KUALA LUMPUR: Teman lelaki kepada ibu Syafiah Humairah Sahari yang merupakan suspek utama kes penderaan hingga membawa kematian kanak-kanak malang itu, akan didakwa dalam masa terdekat ini.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Khaw Kok Chin berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan berdasarkan soal siasat ke atas suspek dan juga beberapa saksi kejadian termasuk ibu kanak-kanak itu.

    "Kita akan mendakwanya dalam masa terdekat ini selepas siasatan lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini hari ini.

    Polis sudah mengambil keterangan dari ibu kanak-kanak itu, Siti Norhanim Aziz, 25, di balai polis berhampiran rumahnya di Sungai Plong, Selangor, Isnin lalu.


    Syafiah Humairah, 3, meninggal dunia Khamis lalu selepas dilaporkan didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

    Berikutan itu, teman lelaki Siti Norhanim yang berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pemandu teksi ditahan bagi membantu siasatan.

    Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok.

    1 Mereka yg baik:

    1. Kyuubi_85 said...:

      kalau btl la lelaki tu bersalah, harap dia akan dijatuhkan hukuman yg plg berat... kejam!