• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Dilema student UMP

    Mar 26, 2010
    Wahai Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang,

    Hasil daripada taklimat dan sesi dialog dengan JHEPA di Auditorium malam tadi, saya ingin berkongsi beberapa maklumat:

    Pelajar tahun akhir akan duduk di dalam kampus (termasuk FSKKP ).

    MT persatuan/kelab yang berdaftar akan duduk di dalam kampus.

    Pelajar yang aktif dalam sukan/aktiviti/kelab/persatuan akan duduk di dalam kampus.

    Seramai 290 pelajar dijangka duduk di luar ( itu pun jika intake Julai adalah 100 % iaitu 2500 ). Tetapi secara praktikal nya, intake tidak akan penuh. Saya jangkakan intake Julai hanya di dalam 2200. Ini bermakna semua pelajar akan duduk di dalam kampus.

    JHEPA dan MPP akan mencarikan rumah2 sewa untuk pelajar2 tersebut. Dan pelajar2 tersebut akan berurusan terus dengan tuan rumah tersebut.

    KK 5 dijangkaan siap pada pertengahan bulan 5. Dan perabot akan dimasukkan untuk ground flour mulai April. Ini bermakna jangkaan kk 5 siap pertengahan bulan May adalah praktikal.

    Isu-isu lain seperti keselamatan pelajar terutamanya siswi dan Final sem 1 2010/2011 akan diberi perhatian serious oleh MPP dan pihak pengurusan tertinggi university.

    Sekian terima kasih.

    " saya " diatas adalah Raja GopaL

    sumber raja Gopal

    0 Mereka yg baik: