• About
  • Parent Page
  • Archives
  • Uncategorized
  • Tahniah kepada mereka

    Mar 12, 2010

    PUTRAJAYA - Seramai 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2009 mendapat keputusan peperiksaan masing- masing serentak di seluruh negara semalam.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah tersebut, 406,420 calon atau 87.2 peratus merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

    "Saya berasa gembira untuk memaklumkan bahawa pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

    "Ia dapat dilihat terutama dari segi peratusan bilangan calon yang memperoleh sijil, mendapat keputusan cemerlang dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki," katanya di sini semalam.

    Menurut Alimuddin, keputusan peperiksaan kali ini juga menggunakan sistem pengredan terbaru bertujuan membezakan pencapaian calon yang memperolehi keputusan cemerlang yang tertinggi.

    Berbanding 1A bagi gred tertinggi sebelum ini, sistem gred terkini menggunakan A+ iaitu bagi calon-calon yang berada dalam kumpulan skor mata pelajaran 90 peratus dan ke atas.

    Beliau berkata Gred Cemerlang Tertinggi diperkenalkan sebagai gred yang lebih tinggi daripada gred 1A bagi memperincikan lagi kecemerlangan seseorang calon.


    tahniah gak kat adek aku..wahaha...kami hanya 2 org heroin dlm family tp telah mbuktikan kami juga bagus... Aku risau gak bile call x handphone die off..call ayah pon same..off..ptg dlm kol 5 gitu aku call balik..alhamdullillah dapat.. dan lulus tanpa subjek yg gagal..yg peting jumlah A tu kan..hehe..setakat ni dah 3 org dalam family tamatkan zaman persekolahan..aku...adek laki aku dan yg terbaru ni satu2nye adek pmpuan aku..perbezaan bilangan A tidaklah ketara sangat.. tp kira ok lah tu kan.. congrates!!


    nota kaki : Lepas dah kuar result spm ni..menunggu plak keputusan UPU.. aisshhh...nmpaknye mcm aku sorg je kene PLKN..yg 2 org adek aku tu x kene pon..rugi lah korg..hehe

    3 Mereka yg baik:

    1. TeRRoRRiZZ said...:

      tahniah kpd mereke....
      hehehe...
      teringat lak zaman aku amik result spm dolo2

    1. ezzati said...:

      congrats utk mereka :)

    1. Jard The Great said...:

      anak2 opismate aku ramai yg dpt cemerlang.. hehehe